Showing posts with label Penderaan. Show all posts
Showing posts with label Penderaan. Show all posts

Tuesday, 7 July 2015

Ibu Yaya lepas geram



Pasir Mas: “Ya Allah budok tu tak dosa (budak itu tak berdosa). Kalau mu tak buat, siapa lagi yang buat?” kata Sana Abdul Malek, 28, kepada bekas suami dan isterinya yang disambung reman bagi membantu siasatan berhubung penderaan kanak-kanak berusia lima tahun dikenali Yaya.
Sana meluahkan kata-kata demikian kepada dua suspek itu ketika mereka dibawa polis untuk memasuki kamar Mahkamah Majistret Pasir Mas, di sini, semalam.

Reman kedua-dua suspek berusia 39 dan 25 tahun disambung sehingga 12 Julai selepas perintah dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sana hadir ke mahkamah ditemani beberapa ahli keluarga.

Sebaik melihat suspek, wanita itu yang juga ibu kandung Yaya, gagal mengawal perasaan dan dilihat mengucap ‘Allahuakbar’ beberapa kali sambil menangis.

Sunday, 28 June 2015

Didera ibu tiri seperti binatang

 Yaya dimasukkan di HRPZ II, Kota Bharu kelmarin selepas dipercayai didera ibu tirinya sejak setahun lalu sehingga berparut di seluruh anggota badan dan mengalami trauma emosi.
====================================================================
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diperlakukan tidak ubah seperti binatang apabila dipercayai diseksa dan didera oleh ibu tirinya sendiri sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk serta paha sebelum dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak setahun lalu.
Mangsa, Nur Zuliana Zaara Zulkifli turut dipukul apabila tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan parut, malah luka terbaharu ditemui di kepalanya, apabila kulit kepala mangsa didapati terkoyak akibat didera.
Rahsia mengenai kekejaman suspek dikatakan terbongkar selepas ayah mangsa dan ibu tirinya enggan menjaga Nur Zuliana atau mesra dipanggil Yaya sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28 di Rantau Panjang pada Rabu lalu.
 Gambar Yaya bersama ibu tirinya sewaktu masih sihat.

Sana berkata, doktor telah mengesahkan Yaya didera selepas mendapati terdapat kesan parut di badannya malah, mendedahkan terdapat kecederaan lama tulang patah iaitu pada tulang belakang, rusuk dan paha.
“Kejamnya mereka, selepas Yaya didera, dia dibiarkan kesakitan tanpa rawatan kerana menurut doktor tulang-tulang yang patah itu sudah bersambung sendiri, tetapi tidak dirujuk ke hospital menyebabkan bahagian belakang badan Yaya berhampiran pinggang membengkak.
“Malah, akibat penderaan itu Yaya turut tidak lagi boleh berjalan secara normal dengan badannya sedikit bongkok dan kakinya pendek sebelah,” katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini semalam.