Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Kenderaan. Show all posts

Friday, 23 March 2018

Usaha tangani kenderaan terbiar



KUALA LUMPUR – Dua jawatankuasa bakal ditubuhkan bagi mengkaji undang-undang khusus berkaitan kenderaan terbiar termasuk kaedah pelupusannya. 

Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan disertai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, undang-undang itu penting kerana masalah kenderaan terbiar semakin membimbangkan.

“Setakat ini, saya dimaklumkan ada kira-kira 6,000 aduan dari lapan kawasan terutama di bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor diterima daripada orang awam berhubung masalah kenderaan terbiar.

“Kita sedar ia berbahaya kepada pengguna jalan raya, berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk termasuk aedes, mengganggu kawasan parkir awam, selain memiliki bahan toksik yang boleh mendatangkan pencemaran alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini semalam.


Friday, 26 February 2016

3 juta kenderaan keluar masuk KL


Pengguna yang melalui Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur terpaksa menempuh kesesakan pada waktu puncak setiap hari. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Setiap hari secara purata dianggarkan tiga juta kenderaan direkodkan keluar dan masuk ibu kota dengan 58 peratus merupakan kereta manakala 27 peratus lagi motosikal.
Selebihnya merupakan kenderaan berat termasuk bas dan lori.
Timbalan Pengarah Kanan (Pe­ngangkutan Bandar) Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Abdul Hamid Surip berkata, setiap lorong laluan utama di sekitar ibu kota pula hanya boleh menampung 800 sehingga 1,200 kende­raan setiap jam.
“Justeru, dengan hanya melihat kepada perbandingan jumlah ini, boleh diagak apa penyebab sebenar kesesakan lalu lintas di sini.
“Boleh dikatakan hampir 35 hingga 40 peratus kenderaan yang berada di ibu kota terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak setiap hari kerana ketidakseimbangan ini,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.