Tuesday, 23 July 2019

Jamal Abdillah bakal timang anak perempuan


KUALA LUMPUR - Penyanyi Datuk Jamal Abdillah melahirkan rasa teruja apabila bakal menimang anak perempuan menerusi zuriat sulungnya bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang kini hamil enam bulan.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 60, berkata, isterinya itu kini diminta untuk lebih banyak berehat lebih-lebih lagi selepas pernah keguguran sebanyak tiga kali.
“Saya berasa sangat gembira apabila dikhabarkan oleh doktor yang kami bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Buat masa ini, usia kandungan sudah menjangkau enam bulan dan saya sentiasa memastikan isteri berada di rumah dan mendapat rehat yang secukupnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.
Dalam pada itu, Jamal menjelaskan, beliau mengalu-alukan peminat untuk memberikan nama kepada anak perempuannya itu.
“Saya sentiasa mengalu-alukan cadangan nama anak yang sesuai daripada peminat.
“Asalkan, nama tersebut mempunyai maksud yang baik,” ujarnya.
Cahaya mata sulung bersama Zai itu dijangka bakal dilahirkan pada 4 November depan.
Jamal mendirikan rumah tangga bersama Zai pada 1 April 2019 di Ipoh, Perak.
Terdahulu, Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd. Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.
Namun, ketiga-tiga perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, 12. - K! ONLINE

Friday, 19 July 2019

Gadis biadab direman hingga esok {Pijak al-Quran}

Pijak al-Quran kerana hendak buktikan telah berzina dengan lelaki


Gambar 4 remaja yang diberkas kerana terlibat dengan video memijak Al-Quran tular di laman sosial

KOTA BHARU - Polis memberkas empat remaja perempuan selepas rakaman video yang memaparkan salah seorang daripadanya memijak al-Quran semata-mata mahu membuktikan dia telah berzina tular di laman sosial sejak kelmarin.
Kesemua suspek berusia 17 tahun itu diberkas dalam beberapa serbuan bermula pukul 11 malam hingga 2.30 pagi di sekitar Tanah Merah dekat sini hasil maklumat awam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, operasi dilancarkan selepas pihaknya menerima laporan daripada kakak salah seorang suspek sebelum usaha mengesan mereka dilakukan.

Saturday, 6 July 2019

Budak dua tahun maut tercekik roti

jenazah mangsa (gambar kecil) telah selamat dikebumikan di kampung kelahiran ibu bapanya di Sik Kedah-krdt foto oleh FB Marrya Marrysa Rohani

GOMBAK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan selama empat hari akibat tidak sedarkan diri kerana tercekik roti di rumah pengasuhnya di sebuah pangsapuri di Selayang di sini pada 1 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihak polis menerima laporan tentang kejadian tersebut daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Selayang di sini.GOMBAK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan selama empat hari akibat tidak sedarkan diri kerana tercekik roti di rumah pengasuhnya di sebuah pangsapuri di Selayang di sini pada 1 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihak polis menerima laporan tentang kejadian tersebut daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Selayang di sini.
“Pegawai perubatan itu memaklumkan kira-kira pukul 10 pagi, dia menerima mangsa, Nia Adreanna Mohd. Yasir, 2, dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana telah tercekik roti di rumah pengasuhnya pada hari yang sama.
“Ketika menjalankan proses resusitasi (memulihkan seseorang yang tidak bernafas), pegawai tersebut telah menemui cebisan roti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Samsor menambah, mangsa disahkan telah meninggal dunia di hospital tersebut pada Khamis lalu kira-kira pukul 10.39 pagi.
“Punca kematian adalah ‘Hypoxic Ischaemic Encephalopathy’ dengan kegagalan beberapa organ tubuh yang menyebabkan kerosakan otak apabila bayi itu tidak memperoleh oksigen dan aliran darah mencukupi.
“Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak,” ujarnya.
Difahamkan jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di kampung kelahiran ibu bapanya di Sik, Kedah. - K! ONLINE

Wednesday, 3 July 2019

DSV diarah bayar Aishah Rm 87,500 kepada Aishah


KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman diarah membayar harga  barang kemas yang dipilih penyanyi Aishah berjumlah RM80,000 dan melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap penyanyi itu sebelum atau pada 17 Julai ini.
Keputusan tersebut telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dalam sesi mediasi yang telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu.
Sekiranya Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) gagal memenuhi tuntutan yang telah dipersetujui, peguam mewakili Aishah, Mohammad Izwan Azmi dan Mazniza Mohd. Kamil akan mengambil tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan mahkamah.
Selain permohonan maaf secara terbuka dan menggantikan emas dengan nilai RM80,000, DSV turut diarah membayar kos guaman terhadap peguam Aishah dengan jumlah sebanyak RM7,500 pada atau sebelum 7 Julai ini.
Peguam Mohammad Izwan berkata dalam sesi mediasi tersebut, DSV telah dibenarkan untuk memilih lokasi kedai barang kemas, manakala Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin diberikan hak memilih barang kemas dengan nilai yang dipersetujui.
“Pada 1 Julai lalu anak guam saya telah berkunjung di sebuah pusat beli belah di Bangsar untuk memilih sendiri barang kemas di kedai yang telah dicadangkan oleh DSV.
“Kini pihak kami menantikan tindakan seterusnya daripada DSV iaitu permohonan maaf secara terbuka sebelum atau pada 17 Julai ini. Sekiranya gagal, memenuhi tuntutan yang telah dipersetujui dalam sesi mediasi, kami akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Kosmo! Online.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar kes tuntutan sivil di Ramzeila Delights, Petaling Jaya, Selangor, sebentar tadi.
Menurut Mohammad Izwan, keputusan sesi mediasi tersebut telah direkodkan di hadapan Hakim Datuk Wan Zaidi Che Wan Ibrahim pada 1 Julai lalu.
Sementara itu, Aishah berkata, proses mediasi telah berlangsung dengan penuh profesional antara peguam dan DSV.
“Tidak ada insiden tarik tudung. Semuanya telah selesai dengan baik dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak” ujarnya.
Terdahulu, Aishah pernah mendedahkan berlian yang dimenangi beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4) adalah palsu.
Pada 1 Julai lalu, sebuah sesi mediasi telah diadakan dan Aishah menganggap ia merupakan kemenangannya setelah dua tahun berjuang.
Dalam pada itu, Aishah juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Bina Mega Empire untuk menuntut sebidang tanah yang merupakan sebahagian daripada hadiah utama pertandingan tersebut. - K! ONLINE

Saturday, 29 June 2019

Budak 6 tahun maut selepas bermain dgn bapa saudara


BALING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia dengan kesan lebam pada badan dan kepala dipercayai selepas bermain dengan bapa saudaranya yang menghidap sindrom Down di sebuah rumah di Kampung Bandar di sini.
Mangsa, Muhammad Azfar Qayyum Md. Said ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapa tirinya kira-kira pukul 1 petang tadi.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Baling pada pukul 2.20 petang sebelum doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia antara empat hingga lima jam sebelum itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Abd. Fatah Abd. Rahman berkata, pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada kepala dan badan mangsa.
"Menurut ibu bapa mangsa, mereka ada mendengar mangsa bermain tumbuk-tumbuk dengan bapa saudaranya yang disyaki menghidap sindrom Down di dalam bilik kira-kira pukul 7.30 malam semalam.
"Mangsa dan bapa saudara kemudian berhenti bermain selepas ditegur oleh ibu mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, mangsa pada pukul 7.30 pagi tadi dilihat masih dalam keadaan sihat walaupun terdapat kesan lebam pada muka.
"Ibu kandung dan bapa tiri mangsa kemudian keluar berniaga sebelum mendapati mangsa tidak sedarkan diri di bilik rumah," ujarnya.
Tambahnya, susulan kejadian itu, bapa saudara mangsa berusia 16 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE

Saturday, 8 June 2019

Lelaki guna siren polis sewaktu kesesakan ditahan


BATU PAHAT - Seorang lelaki yang menggunakan siren polis untuk memudahkan perjalanannya meredah kesesakan lalu lintas di Parit Raja, di sini, petang Khamis (6 Jun) sudah ditahan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, susulan satu aduan awam yang dilakukan pada pukul 2.30 pagi hari sama. 
Katanya, sebuah rakaman video yang menunjukkan kenderaan suspek menggunakan siren itu turut menjadi tular dalam media sosial sejak kejadian.
"Dalam penahanan itu, polis telah merampas sebuah kereta Proton Gen 2 yang digunakan suspek. Selain itu, satu set siren yang telah dipasang dalam kereta berkenaan turut ditemukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 kerana kesalahan menghalang lalu lintas serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Jika sabit dengan kesalahan halangan lalu lintas, suspek boleh didenda sebanyak RM200 atau dipenjara selama tiga bulan atau kedua-duanya sekali manakala bagi kesalahan menyamar penjawat awam, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, katanya.
Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mengamalkan pemanduan berhemah terutama di musim perayaan yang sering berlaku kepadatan serta kesesakan lalu lintas. - Bernama

Friday, 31 May 2019

Norman Hakim jadi rujukan keluarga berpecah


PELAKON Norman Hakim tidak kisah andai dirinya sering menjadi rujukan mana-mana pasangan yang melalui fasa keruntuhan rumah tangga.

Sehingga kini, kehidupan Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi membina harmoni bersama keluarga dan pasangan terus menjadi inspirasi banyak orang, baik sebagai teladan atau sempadan.
Pernah dikecam namun bertahan dengan pilihan hati, pelakon Gerak Khas itu turut menyifatkan situasi yang dialaminya ketika berpisah dengan Abby mempunyai hikmah besar dan akhirnya boleh memberi panduan kepada orang lain.
Ikuti penjelasan daripada pelakon berusia 43 tahun itu ketika ditemui pada majlis tayangan program Syawal Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini.
KOSMO!: Boleh Norman ceritakan penglibatan dalam naskhah hari raya untuk siaran RTM?
NORMAN HAKIM: Bagi siaran RTM, saya ada terlibat dengan dua projek iaitu telefilem Menantu Raya yang akan ditayangkan pada hari raya keempat, pukul 9 malam menerusi TV1. Sebuah lagi projek saya adalah program masakan Juadah Raya Nik Michael. Menerusinya, saya kumpulkan satu keluarga besar dan sama-sama memasak juadah raya untuk mereka.
Bentuk fizikal anda kelihatan sedikit susut. Adakah disebabkan puasa?
Mungkin saya sedikit kurus sebab tidak pernah meninggalkan rutin kardio setiap hari walaupun pada bulan Ramadan. Sebab kalau tinggal sehari dua, saya berasa pening-pening. Biarpun masih tidak timbang berat badan terkini, tetapi saya akui ada berasa perubahan pada berat badan.
Baiklah, boleh kongsikan persiapan raya anda sekeluarga tahun ini?
Alhamdulillah, persiapan raya semuanya sudah disiapkan awal sebelum Ramadan lagi. Itu semua bagi memudahkan dan tidak kelam kabut kalau disiapkan pada saat-saat akhir.

Bagaimana dengan destinasi raya tahun ini?
Setiap tahun rutin raya saya sekeluarga tetap sama. Pagi raya kami akan beraya di Kuantan, Pahang sebelah ibu bapa saya. Kemudian, kami akan pulang ke ibu kota untuk beraya dengan keluarga Abby dan suami. Rutin sebegitu tidak pernah ditinggalkan dan kami sudah amalkan sejak tujuh tahun lalu. Masuk raya kedua barulah kami akan pulang ke kampung isteri saya, Memey Shuhaiza di Johor.
Mungkin boleh komen tentang amalan beraya dengan bekas isteri dan keluarganya?
Sebab ia sudah jadi rutin dan lama-kelamaan tidak boleh tinggal. Saya akui pada awal-awal dahulu macam susah sedikit tetapi apabila sudah terbiasa, lama-lama semuanya jadi okey.

Baru-baru ini anda ada berkongsi mengenai keluarga yang berpecah-belah. Boleh jelaskan lanjut tentang hal tersebut?
Saya selalu menerima kiriman mesej menerusi Instagram yang rata-ratanya datang daripada anak muda. Mereka bercerita tentang keruntuhan rumah tangga tetapi bertanya tentang panduan untuk mengekalkan muafakat biarpun ibu dan ayah sudah berpisah. Sejujurnya, saya menangis ketika membaca mesej mereka sebab terbayang hasrat anak-anak itu yang tidak mendapat kasih sayang daripada orang tua.
Jadi, saya tidak kisah jika mereka meminta pendapat kerana 10 tahun dahulu, ada sebab Allah pilih saya untuk berada dalam situasi sama. Saya tidak pernah berasa susah kerana ini adalah tiket untuk saya melakukan dakwah kecil. Saya hanya membantu apa yang patut. Jangan hanya lihat kebahagiaan kami pada hari ini tetapi ironinya kami sama sahaja seperti orang lain yang pernah bercerai-berai. Alhamdulillah, baru-baru ini juga saya menunaikan umrah dan bawa doa-doa mereka ke sana.