Saturday, 8 March 2014

Misteri kehilangan pesawat MH370 (Sinar Harian)

Misteri kehilangan pesawat MH370
ISU yang sedang hangat diperkatakan sekarang terutama di media-media sosial ialah mengenai kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China malam semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Mas, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat tersebut masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi tadi selepas dua jam berlepas di kawasan perairan Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam.

Terdapat 12 anak kapal dalam pesawat itu di samping  152 dan seorang bayi warganegara China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7) dan Perancis (3).

Pesawat itu dikendalikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.

Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763. 

Pesawat Boeing 777 yang hilang itu pula berusia 11 tahun 10 bulan

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan  dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.

Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika di ruang udara dikawal Vietnam.

Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua pihak mengambil tindakan wajar bagi mengesan pesawat yang masih dilaporkan hilang.

Beliau turut menyatakan kebimbangan dan berdoa bersama ahli-ahli keluarga penumpang yang terlibat agar semuanya selamat.

“Fikiran dan doa saya bersama ahli-ahli keluarga penerbangan MH370. Saya telah minta semua tindakan yang wajar perlu diambil,” kata beliau menerusi Twitternya.

Malaysia juga, katanya, memperluaskan kawasan mencari pesawat itu dengan menambah bilangan aset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebuah pusat operasi kordinasi ditubuhkan dan diketuaiJabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memastikan operasi menyelamat berjalan lancar.

Beliau berkata, pada masa sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan menggunakan aset mereka untuk melaksanakan operasi itu

Anggota keluarga penumpang pesawat mula berkumpul di bilik Menara Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal pagi  dengan wajah suram sambil membawa seribu harapan dan doa.

Keluarga mangsa juga diminta membawa pasport dan diminta berada di KLIA sebelum jam 6 petang. Namun persoalannya ke manakah mereka akan dibawa kerana media tidak dibenar menemu bual mereka.

Selain Malaysia, empat lagi negara iaitu Vietnam, China, Singapura  dan Filipina turut membantu dalam operasi mencari pesawat itu.

Namun sehingga jam 10 malam tadi masih belum ada sebarang berita sahih mengenai kehilangan ini walaupun pelbagai teori yang dikemukakan.

Perdana Menteri sendiri mengesahkan tidak ada sebarang serpihan pesawat MH370 ditemui buat masa ini dan buat masa ini semua maklumat hanya berdasarkan spekulasi.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita berdoa agar pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya di dalamnya ditemui dalam keadaan yang selamat.

Namun apa yang perlu diperbaiki ialah penyampaian maklumat yang lebih efisyen daripada pihak yang bertanggungjawab, agar orang ramai tidak terus tertanya-tanya.
ARTIKEL BERKAITAN

  • Hj Dolmat ·  Top commenter · Pelbagai Jawatan at Perkhidmatan awam dan swasta
    Setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari ALLAH.Samada suka atau tidak ,kena menerima seadanya.
    Dari apa yang dilihat sejak tersebarnya berita hilang hubungan antara pesawat dan pusat kawalan lapangan terbang,berbagai cerita dan andaian tersebar dengan cepatnya dimedia maya. Sedangkan pihak yang berwajib yang sepatutnya tampil kemuka dengan penjelasan masih teraba2,tercari2 modal untuk diungkapkan.
    Bukan bertujuan mengambil kesempatan diatas trajedi yg berlaku,untuk mengunjuk jari menyalahkan sesiapa.KAGUM dengan berita dari Singapura yangmana menteri pertahanannya telah mengeluarkan kenyataan akan menghantar KAPAL SELAM NYA untuk misi mencari/menyelamat.TERPENPAN, LANTAS TERPERASAN , MANA DIA DUA BIJI KAPAL SELAM MALAYSIA ? kerna sampai saat ini belum belum ada siapapun yang menyebut tantang pekara ini.
    INILAH MASANYA PERALATAN CANGGIH YANG BERHARGA BERBILION RINGGIT ITU DIMANAFAATKAN.
    • Saripah Jusoh
      stju sgt dgn Hj Dolmat. mne dia KAPAL SELAM M'SIA YG CANGGIH TU?Ini kne tnye NAJIB.
    • Amir Kushrou ·  Top commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Biasanya, penyelamat tidak menggunakan kapal selam tentera untuk mencari pesawat, terbaiknya menggunakan autonomous underwater vehicle. Untuk kes AirFrance Flight 447 terhempas di lautan Atlantik, penggunaan kapal selam nuklear adalah untuk mencari kotak hitam bagi siasatan kes tetapi gagal menjumpai, namun begitu kotak hitam itu berjaya dijumpai dua tahun selepas kejadian apabila mengerakkan pencarian besar-besaran kotak hitam. Akhirnya robot submarine telah menjumpai kotak hitam (cockpit voice recorder dan flight data recorder).
  • Turun Turun ·  Top commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Kalau ikut teori...kemungkinan pesawat di rampas pengganas...kerana berlaku 2 penumpang yg dah terbukti tidak menaiki pesawat tapi disahkan berada di dalam pesawat.....so siapa dia 2 org tersebut...???

No comments:

Post a Comment