Tuesday, 28 June 2016

Awan pelik gemparkan penduduk Sabah

GUMPALAN awan seakan mencecah bumi menggemparkan penduduk daerah Beaufort semalam.


KOTA KINABALU – Penduduk di sekitar daerah Beaufort dan Kuala Penyu dekat sini gempar dengan kemunculan awan pelik yang bergulung awal pagi semalam.
Kemunculan awan pelik itu berlaku selama dua jam bermula pukul 7 pagi sehingga mencetuskan panik dan tanda tanya dalam kalangan penduduk.
Gambar awan tersebut turut tersebar di media-media sosial sehingga mencetuskan perdebatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata, kejadian bentuk awan luar biasa di kawasan pantai barat Sabah pada awal pagi semalam adalah disebabkan oleh fenomena cuaca yang dinamakan garis badai berserta kejadian awan bergulung.
Menurutnya, awan jenis bergulung tidak berbahaya berbanding garis badai dan ia pernah berlaku di Kota Kinabalu pada Ogos 2012, di Sungai Petani, Kedah pada 2014 dan di Kota Bharu, Kelantan pada Ogos tahun lalu.

Sunday, 26 June 2016

Hidup bersama mati berdua

Bayan Lepas : Seperti kebiasaan, Yusoff Bidin, 73, menunggang motosikal bersama isterinya, Samsiah Hassan, 69, untuk urusan seharian termasuk ke kedai namun hari ini, pasangan warga emas itu tidak bernasib baik apabila maut digilis lori simen di Bayan Baru di sini.
Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Ara ke rumah mereka di Balik Pulau, dekat sini, selepas membeli tali pinggang Yusoff dan keperluan lain.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, kemalangan berlaku di satu persimpangan lampu isyarat apabila pasangan berkenaan terjatuh ke atas jalan dari motosikal ketika lampu isyarat bertukar hijau menyebabkan mereka dilanggar lori simen berkenaan.
Menurutnya, pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian dan mayat dihantar dan bedah siasat di Hospital Balik Pulau mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara dan denda.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 atau balai polis berhampiran.

Mungkin masuk parti baru


Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan meneruskan karier politik mereka dengan parti baru.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, keputusan berkaitan platform mana menjadi pilihan mereka akan ditentukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam masa terdekat.
"Ramai buat tawaran tak rasmi untuk sertai parti sedia ada atau buat platform baru tetapi semua itu mesti diteliti secara mendalam.
"Ini keputusan yang sangat besar dalam sejarah hidup kami," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Jumaat lalu, kedua-dua pemimpin terbabit dipecat daripada UMNO selepas didapati bersalah menentang kepimpinan parti menggunakan pentas pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian sehingga selesai siasatan Lembaga Disiplin

Prof Izzi selamat dikebumikan


Kuala Terengganu: Jenazah Profesor Madya Md Izuddin Ali atau Prof Izzi selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa, di sini, 9 pagi ini.
Kira-kira 200 orang terdiri daripada keluarga dan rakan hadir.
Kakak sulung arwah, Zaleha Hashim @ Ali, 55, berkata, jenazah tiba di rumahnya di Gong Badak, dekat Institut Latihan Perindustrian (ILP) pada 4.30 pagi.
Katanya, jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Pulau Rusa untuk disembahyangkan, pada kira-kira 8 pagi.
Arwah yang juga anak ketiga daripada empat beradik meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB, Kedah, 12.45 tengah hari semalam.
Zaleha berkata, Khamis lalu, dia mengunjungi adiknya di HSB dan ketika itu arwah kelihatan ceria dan sudah dibenarkan keluar.
"Saya sempat bergurau dan berjanji berjumpanya pada Aidilfitri," katanya.

Sunday, 19 June 2016

Shahir - Aku Yang Berdosa





Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Saturday, 18 June 2016

Rawang Bypass 80 peratus siap (metro)

Kuala Lumpur: Keunikan projek pembinaan Rawang Bypass yang menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini jelas membuktikan kemampuan anak Melayu tempatan setanding tenaga pakar luar negara.
Projek yang dijadualkan siap pertengahan tahun depan itu adalah salah satu inisiatif kerajaan memberi keselesaan kepada rakyat.
Menurut sumber, projek Kerajaan Persekutuan itu diketuai kontraktor Hasrat Sedaya Sdn Bhd dengan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja anak tempatan.
Katanya, projek sejauh 2.6 kilometer itu melintasi Hutan Simpang Kancing, Taman Templer ke Serendah, Rawang dengan pembinaan jambatan di daratan.
“Jambatan daratan ini keseluruhannya mempunyai 104 tiang dan yang paling tinggi adalah 60 meter.
“Setakat ini, sudah 80 peratus pembinaan sudah disiapkan dan bakinya dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Bypass ini dapat membantu mengatasi kesesakan di bandar Rawang yang selama ini menjadi masalah utama masyarakat di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Wednesday, 15 June 2016

‘Memang perit kena sebat’

Ameng terus mendukung anaknya Wan Amar Haikal sebaik dibebaskan daripada Penjara Kluang semalam. Turut bersama menyambut pembebasan Ameng, isterinya Sabariah.


KLUANG – Ramadan tahun ini menjadi yang paling bermakna buat vokalis kumpulan Spring, yang popular dengan pangilan Ameng selepas dibebaskan daripada Penjara Kluang di sini semalam selepas lima tahun menjalani hukuman penjara akibat terjebak dengan najis dadah.
Suasana hiba menyelubungi pekarangan Penjara Kluang apabila pembebasan Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, di­sambut oleh isteri, Sabariah Zakaria, 46, dan anak mereka Wan Amar Haikal, 9, pada pukul 12.15 tengah hari semalam.
Ameng semasa ditemui sebaik dibebaskan menyifatkan, pengalaman menjalani hukuman penjara merupakan yang teruk pernah dilalui kerana dia menjadi murung hampir setahun ketika berada di penjara.
Kemurungannya itu berpunca daripada rasa sedih kerana berjauhan daripada keluarga, hilang harta dunia dan kemasyhuran.
“Hari ini (semalam) saya amat bersyukur kerana de­ngan rahmat Allah, sokongan kawan dan keluarga terdekat, saya berjaya menghabiskan hukuman.
“Pengalaman hidup dalam penjara adalah tempoh pa­ling sukar dalam hidup saya dan apabila diberitahu hukuman dipendekkan saya berasa amat gembira,” ceritanya.
Selain itu, Ameng turut bercerita mengenai hukuman 10 sebatan yang dikenakan dengan memberitahu, walaupun sebatan itu sudah berlalu lima tahun lalu tetapi ia tetap berbekas di hatinya.

Saturday, 11 June 2016

Jenazah Muhammad Ali selamat disemadikan (kosmo)

BERIBU-RIBU orang memenuhi bahu jalan untuk menyaksikan kenderaan yang membawa jenazah Ali ke Tanah Perkuburan Awam Cave Hill di Lousiville. - REUTERS
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

LOUISVILLE – Jenazah petinju legenda, Muhammad Ali selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Awam Cave Hill di bandar kelahirannya di Louisville, Kentucky semalam. Majlis pengebumian itu diadakan secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Ribuan pengunjung yang membanjiri bahu jalan melaung nama juara heavyweight dunia tiga kali itu sebaik sahaja melihat kereta membawa jenazah Ali lalu di hadapan mereka.
Malah ramai pengunjung bertindak membaling bunga ros merah ke atas kenderaan yang membawa jasad Ali sehingga hampir menutupi cermin hadapan bahagian pemandu.
Ahli keluarga dan rakan karib Ali dilihat menaiki beberapa kenderaan lain di belakang kenderaan membawa jenazah petinju itu.
Barisan kenderaan konvoi itu berarak sejauh 30 kilometer termasuk melalui jalan di hadapan beberapa bangunan yang penting dalam kehidupan Ali sebelum tiba di tanah perkuburan.
Ali seorang atlet sukan yang disifatkan sebagai juara rakyat menghembuskan nafas terakhir Jumaat minggu lalu di sebuah hospital di Arizona pada usia 74 tahun.
Satu upacara memperingati Ali turut diadakan di sini semalam yang dihadiri ribuan pengunjung termasuk tokoh dalam industri sukan, hiburan dan politik.
Upacara yang bermula dengan bacaan ayat-ayat al-Quran itu sekali gus menandakan tamatnya tempoh dua hari memberi penghormatan terakhir kepada Ali yang juga dikenali sebagai ‘The Greatest.’

“Kami amat sayangkan ayah. Sehingga kita bertemu lagi, terbanglah rama-rama. Terbanglah,” kata anak Ali, Rasheda pada majlis tersebut. – AFP
 
Rasheda Ali

Gambar2 berkaitan :
Pall bearers including Lennox Lewis and actor Will Smith place casket of Ali in the hearse as it prepares to begin a procession
(http://www.telegraph.co.uk/news/2016/06/10/in-pictures-muhammad-ali-funeral/pall-bearers-place-casket-of-muhammad-ali-in-the-hearse-as-it-pr/)
Thousands lined the street to see Ali's body pass on Friday. On Thursday, an Islamic funeral prayer service called a Jenazah was held which the Turkish president, Recep Tayyip Erdogan attended as well as King Abdullah of Jordan
Muhammad Ali, the beloved boxer, has been laid to rest after two days of mourning, celebrations and powerful prayers and tributes offered to the Greatest.




Wednesday, 8 June 2016

'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar -

 
SEORANG pemilik kereta bertindak berani merempuh air yang memenuhi Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang dilanda banjir kilat di Kuala Lumpur, kelmarin. 

KUALA LUMPUR 4 Jun - Cuaca panas melampau di Lembah Klang terutama di pusat bandar Kuala Lumpur menyebabkan wujud 'pulau haba' yang mungkin menjadi antara faktor berlaku hujan ribut petir air batu semalam, kata seorang pakar cuaca.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa akibat haba berada dalam keadaan udara yang lembap.

"Keadaan lembap dan fenomena 'wind updraft' atau pergolakan udara ke atas dan bawah menghasilkan titisan air dan akhirnya membentuk ketulan ais yang tidak mampu ditanggung oleh angin.

"Bila ketulan itu menjadi besar dan angin tidak boleh membawanya, ia akan turun menjadi ais dalam hujan seperti yang berlaku semalam," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian hujan air batu yang turun di beberapa kawasan di ibu negara yang turut disertai hujan lebat serta angin kencang sehingga berlaku kejadian pokok tumbang dan kesesakan lalu lintas.

Fredolin berkata, hujan ribut luar biasa mungkin akan kerap berlaku selepas ini selaras dengan perubahan iklim dan peningkatkan suhu yang semakin tinggi.

"Kajian di negara luar menunjukkan terdapat bukti saintifik bahawa semakin panas bumi akibat perubahan iklim, semakin banyak hujan ribut berlaku," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kajian saintifik mengenai faktor perubahan iklim tempatan masih belum dilakukan dan menyukarkan pakar untuk meramal fenomena tersebut.

"Kita belum mempunyai kajian khusus berhubung fenomena ini kerana ia jarang berlaku berbanding di negara luar seperti Amerika Syarikat atau Eropah.

"Tetapi konsep fenomena adalah sama iaitu apabila wujud kelembapan di udara dan suhu meningkat, hujan ribut petir akan lebih kerap berlaku," katanya. - BERNAMA

Saturday, 4 June 2016

Muhammad Ali meninggal dunia {utusan}

PHOENIX 4 Jun- Petinju legenda, Muhammad Ali menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di sini selepas beberapa hari dirawat kerana masalah pernafasan.
Terdahulu kesihatan Muhammad Ali, 74, dilaporkan merosot sehingga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Kematiannya disahkan jurucakap ahli keluarganya kepada NBC News. 

Muhammad Ali's the only person to have his star on a wall because he refused to let his prophet's name be stepped on





, the only person whose Walk of Fame Star is hanging on a wall, not for anyone to step on 🙏