Kuala Lumpur: Keunikan projek pembinaan Rawang Bypass yang menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini jelas membuktikan kemampuan anak Melayu tempatan setanding tenaga pakar luar negara.
Projek yang dijadualkan siap pertengahan tahun depan itu adalah salah satu inisiatif kerajaan memberi keselesaan kepada rakyat.
Menurut sumber, projek Kerajaan Persekutuan itu diketuai kontraktor Hasrat Sedaya Sdn Bhd dengan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja anak tempatan.
Katanya, projek sejauh 2.6 kilometer itu melintasi Hutan Simpang Kancing, Taman Templer ke Serendah, Rawang dengan pembinaan jambatan di daratan.
“Jambatan daratan ini keseluruhannya mempunyai 104 tiang dan yang paling tinggi adalah 60 meter.
“Setakat ini, sudah 80 peratus pembinaan sudah disiapkan dan bakinya dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.
“Bypass ini dapat membantu mengatasi kesesakan di bandar Rawang yang selama ini menjadi masalah utama masyarakat di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi.
No comments:
Post a Comment