Kayveas (duduk di tengah) mengumumkan parti myPPP keluar BN.
KUALA LUMPUR - Parti myPPP mengumumkan secara rasmi keluar dari Barisan Nasional (BN) berkuat-kuasa serta merta selepas bersama bekas parti pemerintah itu sejak tahun 1994.
Presiden myPPP, Tan Sri M. Kayveas berkata, parti tersebut tetap dengan pendirian menamatkan hubungan itu apabila kepimpinan BN enggan mendengar pandangan parti komponen tersebut lagi.
"Parti myPPP mengambil tindakan keluar BN seiring dengan kenyataan asal pada 17 April lalu.
"Langkah pucuk pimpinan BN melucutkan jawatan saya secara tidak sah dan mengiktiraf Presiden baharu tanpa mengikut saluran betul menandakan kerjasama ini sudah tamat," katanya pada sidang akhbar di Wisma myPPP di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment