KUALA LUMPUR – Setiap hari secara purata dianggarkan tiga juta kenderaan direkodkan keluar dan masuk ibu kota dengan 58 peratus merupakan kereta manakala 27 peratus lagi motosikal.
Selebihnya merupakan kenderaan berat termasuk bas dan lori.
Timbalan Pengarah Kanan (Pengangkutan Bandar) Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Abdul Hamid Surip berkata, setiap lorong laluan utama di sekitar ibu kota pula hanya boleh menampung 800 sehingga 1,200 kenderaan setiap jam.
“Justeru, dengan hanya melihat kepada perbandingan jumlah ini, boleh diagak apa penyebab sebenar kesesakan lalu lintas di sini.
“Boleh dikatakan hampir 35 hingga 40 peratus kenderaan yang berada di ibu kota terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak setiap hari kerana ketidakseimbangan ini,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment