21 September 2014
Banana bot menjadi tarikan org ramai yg berkunjung di pantai Port Dickson
PORT DICKSON - Bot Pisang atau dikenali sebagai Banana Bot merupakan antara permainan air yang digemari, malah menjadi kemestian pelancong untuk mencuba sekiranya mengunjungi pantai Port Dickson.
Namun, di sebalik keriangan permainan ini, tersimpan seribu macam kejadian buruk dan ngeri yang menimpa pengunjung pantai.
Tinjaun Sinar Harian ke pantai Port Dickson sehari sebelum pengusaha di arah Jabatan Laut Wilayah Tengah menghentikan operasi, mendapati pengunjung masih lagi bermain dengan aktiviti ini, malah pengusaha juga terus menjalankan perniagaan mereka setiap hari seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Menurut Roslan Karim, 35, dia sering ke pantai Port Dickson membawa tiga anaknya bermandi-manda apabila musim cuti sekolah, namun tidak pernah membenarkan anaknya untuk menaiki bot pisang.
Katanya, bukan sahaja bimbang dengan keselamatan anak-anak, tetapi cara pengendalian permainan air itu juga sangat ‘menyeramkan’.
“Bot pisang akan diterbalikkan sebaik sahaja mereka berada di tengah-tengah laut, walau pun mereka diberi kemudahan memakai jaket keselamatan, namun kita bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.
“Biarlah anak-anak saya menangis sebab tidak dapat naik banana bot itu, jangan saya yang menangis sebab kehilangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya membuat kawasan khas bagi membolehkan pengusaha banana bot ini beroperasi, misalnya kawasan yang jauh daripada pengunjung pantai, atau pun penanda aras kepada pengunjung
Katanya, permainan air ini boleh dilakukan namun ia mestilah mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.
“Begitu juga dengan pemandu bot berkenaan, mereka juga perlu mengikuti kursus khas, bagi memastikan keselamatan pengunjung pantai dan juga pemain bot pisang itu berada dalam keadaan selamat.
“Pemandu bot merupakan orang yang paling penting dalam mengawal keadaan dan menjaga keselamatan di kawasan persekitaran mereka,” katanya.
Sementara itu, pemandu bot, Mohd Fadly Mohd Nasir, 29, berkata, setiap pemandu bot yang beroperasi di pantai, sama ada Jet Ski atau pun banana bot, mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh jabatan laut.
Katanya, mereka bukan suka-suka untuk menimbulkan kekecohan, namun apa yang berlaku semua itu adalah di luar jangkaan.
“Jangan disebabkan satu kes ini, semua pihak mahu menyalahkan pengusaha dan pemandu bot pisang pula, itu adalah tidak betul, malah kami juga tidak mahu perkara sedemikian berlaku.
“Jika dilihat kepada kejadian-kejadian sebelum ini, pemandu bot pisang banyak membantu menyelamatkan orang yang hampir lemas di laut Port Dickson ini.
“Kita (pemandu bot dan jet ski) yang berada di gigi pantai inilah yang banyak membantu orang ramai daripada mati lemas, bukanya pihak berkuasa.
“Oleh yang demikian, jangan sesekali menutup periuk nasi kami dengan menyalahkan kami 100 peratus, dengan apa yang berlaku” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, dia yang telah 11 tahun memandu bot pisang, menganggap bahawa kejadian yang menimpa arwah Muhamad Hidayat Ramlan, 23, itu adalah takdir semata-mata, malah mereka juga tidak pernah meminta perkara sedemikian berlaku.
Dalam pada itu, pengusaha bot pisang, Mohd Hafiz Md Idris, 29, berkata, tahap keselamatan pengunjung pantai dan juga pemain bot pisang ini merupakan keutamaan bagi mereka.
Katanya, setiap kali bot ditarik ke pantai, mereka mempunyai pengiring yang akan meniup wisel amaran kepada pengunjung untuk meberi laluan.
“Malah pemandu bot juga hanya dibenarkan membuat ‘speeding’ hanya selepas berada jarak antara 100 hingga 200 meter dari pantai, kurang daripada jarak itu adalah dilarang.
“Setiap kali beroperasi kita akan mengikut segala prosedur yang ditetapkan, kerana ia melibatkan orang ramai, jadi segala peraturan kita akan patuhi.
“Walau bagaimanapun, kemalangan tidak berbau, malah kita sendiri tidak tahu apa kana berlaku, walau pun kita berjaga-jaga, namun mungkin ada pihak lain pula yang leka.
“Sehubungan dengan itu, kita wajarlah sekiranya kesalahan hanya diletakkan di bahu pengusaha dan pemandu bot pisang semata-mata,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, pihaknya akan melakukan penguatkuasaan undang-undang kecil kraf air secara berperingkat tidak lama lagi.
Buat masa ini, draf undang-undang kecil kraf air telah siap digubal oleh jabatan berkaitan bersama wakil pengusaha bot dan jet ski pantai dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Ab Khalid menambah, sekarang draf berkenaan sudah berada di peringkat semakan yang dilakukan oleh penasihat undang-undang negeri.
“Walau bagaimanapun MPPD dan amat berharap agar proses berkenaan dapat diteliti sebaik mungkin dan dipercepatkan untuk diluluskan serta dapat dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak,” katanya.
Baru-baru ini, berita mengemparkan berlaku apabila seorang pengunjung yang sedang mandi di pantai Port Dikson, Teluk Kemang cedera parah akibat dilanggar oleh bot yang menarik bot pisang, sebelum disahkan meninggal dunia, selepas seminggu bertarung nyawa.
Malah kes tersebut bukanlah yang pertama, kerana pada tahun lalu, terdapat seorang kanak-kanak lemas selepas menaiki bot pisang bersama ayahnya, setelah diterbalikkan di tengah laut.

- Rafi Husen · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Sladakan peraturan yg bot pisang tak bole melalui kawasan orang ramai mandi manda misalnya 200 m Dari pantai...kawasan khas utk turunkn Dan naikn penumpang...tsk perlu haramkn bot pisang...
- Azaha Napi · Follow · Works at Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)sy dulu hampir hanpir lemas di sebabkan dia jatuhkan sy dekat tengah laut...
No comments:
Post a Comment