Wednesday, 25 February 2015

KOSMO : Malaysia diancam denggi baharu

PUTRAJAYA – Malaysia kini menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat.
Virus denggi akibat gigitan nyamuk aedes mengakibatkan berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, wabak itu kini ibarat pembunuh nombor satu negara memandangkan simptom serangan penyakit telah berubah berbanding sebelum ini. Simptom denggi sebelum ini hanya menunjukkan pendarahan dan bintik-bintik pada kulit pesakit.
Beliau berkata, sebanyak 54 kes kematian akibat denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 52 hari pertama pada tahun 2015 berbanding 25 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus.
“Wabak demam denggi ketika ini lebih kuat dan berat. Ia kini ibarat pembunuh nombor satu dan disifatkan sebagai wabak yang paling bahaya pernah dihadapi Malaysia kerana ia mampu merosakkan otak dan hati,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
 BAHAN kimia baharu terpaksa digunakan untuk memastikan aktiviti pengkabutan nyamuk aedes lebih berkesan. – Gambar hiasan

Friday, 13 February 2015

Tiga beranak maut nahas jalan raya (kosmo)

 BEGINILAH keadaan Toyota Hilux yang bertembung dengan kenderaan Perodua Alza.

BACHOK – Tiga beranak dari Marang, Terengganu yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis pengebumian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditimpa kemalangan tragis apabila mereka terbunuh manakala lima yang lain cedera parah dalam kejadian di Kampung Telong, dekat sini petang semalam.

Sepasang suami isteri, Roslan Mamat, 34, dan Mimi Suharti Abdul Ghani, 38, yang berasal dari Bukit Payong, Marang, Terengganu serta bayi bongsu mereka berusia enam bulan, Nur Airish Alisya maut dalam nahas itu.
Empat lagi anak mereka iaitu Nur Dina Qistina, 12; Mohammad Zarfan Daniel, 10; Mohammad Zakuan Danish, 6; dan Mohammad Rizqi Darwish, 3, bersama seorang kakak Roslan, Sakiah Mamat, 50, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, kesemua mangsa dikatakan menaiki kendera­an Perodua Alza dari arah Melawi ke Tok Bali sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Nik Aziz selamat dikebumikan {kosmo}

ANTARA puluhan ribu orang ramai yang mengiringi jenazah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Lebih 50,000 rakyat serta pe­mimpin tanpa mengira fahaman politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengiringi dengan penuh sayu perjalanan terakhir bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini semalam.
Lautan manusia meme­nuhi pekarangan Masjid Pulau Melaka dan Maahad Darul Anuar yang diasaskan ayah Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Mat Raja Banjar atau dikenali sebagai Nik Mat Alim. Mereka tidak melepaskan peluang melihat buat kali terakhir jenazah Mursyidul Am Pas yang digelar sebagai Tok Guru itu.
Orang ramai turut menyertai solat jenazah Allahyarham yang diimamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Tok Guru Pulau Melaka pada pukul 10 pagi semalam.

 Abdul Hadi Awang

 Dr Wan Azizah

 PM Najib

 PU Azman

 UAI

Kenangan keluarga Wardina dengan Pok Nik semasa hayatnya

Tok Guru disemadi, lebih 50,000 hadir (Hmetro)

Kota Bharu: Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, 10.55 pagi tadi.
Terdahulu, lebih 20,000 orang menyertai solat jenazah di Masjid Tok Guru pada 9.55 pagi sebelum mereka mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba pada 9.45 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir turut menyertai solat jenazah bersama jemaah lain.

Lebih 50,000 orang setia menanti sehingga pengebumian selesai.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal kira-kira 40 tahun lalu.

Turut hadir di tanah perkuburan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia 9.40 malam tadi akibat kanser prostat.
Terdahulu, Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari lalu.

Ketika dibawa pulang, beliau terpaksa diusung menggunakan katil hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh kemudian mengesahkan Nik Abdul Aziz meninggal dunia di depan ahli keluarga.

Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya itu.

 JENAZAH Nik Abdul Aziz selamat disemadikan 11 pagi tadi. FOTO Khairull Azry Bidin -

Saturday, 7 February 2015

MLM : Kisah kesusahan hidup 
Zero bukan raih simpati (Utusan)

AKSI kumpulan Zero ketika final Maharaja Lawak Mega 2014 di Stadium
AKSI kumpulan Zero ketika final Maharaja Lawak Mega 2014 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam semalam. – MINGGUAN/ROY AZIS ABD. AZIZ -

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Salah seorang anggota kumpulan Zero, Sharif menegaskan kisah kesusahan yang dilalui bukan taruhan untuk memancing juri dan pengun­di sehingga berjaya dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 malam tadi.

Menurutnya, kemenangan itu adalah rezeki yang mereka sendiri tidak sangka.

“Memang kami susah. Tetapi, semua itu bukan alasan untuk kami meminta simpati orang.
“Sebelum ini kami hanya be­kerja sebagai nelayan dan buruh kasar. Kesusahan itu membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” katanya.

Zero turut dianggotai Syaiful dan Atu yang merupakan tiga beradik berasal dari Sabah. Kehebatan mereka dengan lawak yang bertenaga semasa pentas akhir MLM 2014 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil membuahkan hasil dan membolehkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.

Berkongsi tentang duit kemenangan, Sharif memberitahu, akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah.

“Itu antara salah satu daripada tiga hajat kami jika peroleh kemenangan. Kami juga akan menggunakan duit ini untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful.

“Syukur kami menang malam ini walaupun tidak mengharap. Tak kira nombor berapa atau ter­singkirnya kami daripada MLM, kami tetap akan menunaikan hajat untuk keluarga,” katanya.

Tahun lalu, Zero pernah me­nyertai MLM 2013 tetapi tersingkir pada minggu kelima.

Untuk MLM 2014, Zero berjaya menewaskan Sepahtu yang sekadar berpuas hati di tempat kedua, Nabil (ketiga), Shiro (keempat) dan Bocey di tempat kelima.

Penyokong Harimau 
Kumbang pula protes FAM (utusan)

Sebahagian penyokong Pulau Pinang berdemontrasi di hadapan pintu
Sebahagian penyokong Pulau Pinang berdemontrasi di hadapan pintu utama Stadium Bandaraya selepas perlawanan menentang Kuantan FA kerana tidak puas hati terhadap FAM yang didakwa mengganggu mereka ketika memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah di Pulau Pinang kelmarin. – mingguan/AZMAN ASMAYATIM - 

PULAU PINANG – Kempen Liga Perdana yang membuka tirai kelmarin ‘panas’ di Stadium Bandaraya apabila kira-kira 100 penyokong tegar tuan rumah yang dikenali sebagai Ultras Panthers berdemonstrasi di hadapan stadium selepas perlawanan.

Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) yang didakwa ‘mengganggu’ ketika mereka sedang memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah.
Wakil kumpulan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, FAM mengarahkan polis ke tempat duduk mereka di dalam stadium dan merampas batang bendera yang mereka gunakan, yang mereka anggap sebagai tindakan tidak adil.

Katanya, ini kerana di sesetengah stadium barang berkenaan dibenarkan dibawa masuk namun keadaan sebaliknya berlaku di Stadium Bandaraya.

“Mengapa mesti menghalang kami me­nunjukkan sokongan kepada pasukan kami. Kami tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah dan mengancam penonton lain,” katanya kepada Mingguan Malaysia selepas perlawanan itu.

Dalam perlawanan kelmarin, pasukan tuan rumah memungut tiga mata penuh selepas menum­paskan pendatang baharu Liga Perdana, Kuantan FA 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pelawat Lee Kwang Hyeong pada minit ke-53.

Menurutnya, sudah sampai masa FAM membuka minda terhadap budaya sokongan yang dibawakan peminat tempatan bagi menjadikan sukan bola sepak di negara ini lebih meriah.

“Di Thailand sebagai contoh, perkara berkenaan tidak menjadi kesalahan tetapi kami tidak faham mengapa ada larangan di sini. Ada beberapa stadium lain dalam negara kita, penyokong boleh membawa (masuk) bendera,” dakwanya.