KUALA LUMPUR – Polis menemui mayat seorang wanita warga emas dipercayai dibunuh dua anaknya di Blok D, Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Wan Yah Wan Mat, 63, ditemui terbaring di ruang tamu rumah yang berada di tingkat 16 blok tersebut bersama dua anaknya masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 25 dan 22 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, pihak polis tiba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada seorang pengadu menyatakan terdapat limpahan air keluar daripada pintu rumah itu.
“Sebaik anggota polis daripada Balai Polis Salak Selatan tiba ke lokasi kejadian, pintu rumah berkenaan didapati berkunci.
“Kita meminta bantuan daripada pihak bomba dan penyelamat untuk memecahkan pintu tersebut sebelum menemui wanita warga emas itu terbaring di ruang tamu selain mendapati kedua-dua anaknya berada di dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, pegawai perubatan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment