Wednesday, 27 July 2016

Maut dihujani 16 das tembakan [kosmo]

CCTV menunjukkan dua lelaki dalam bulatan sedang melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu Kanthasamy dalam kejadian di Danau Kota semalam.
KUALA LUMPUR – Suasana sekitar pusat beli-belah Setapak Central di Danau Kota di sini semalam gempar apabila seorang ahli perniagaan yang memandu kereta berhenti di persimpa­ngan lampu isyarat dihujani 16 das tembakan.
Dalam kejadian bagaikan adegan filem koboi pukul 3.35 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Kanthasamy, 43, mati dalam kereta Honda Accord dipandunya dengan 10 kesan tembakan pada badan manakala enam lagi terkena di kepala dan pahanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang ketika itu memandu seorang diri dan menunggu lampu bertukar hijau untuk membuat pu­singan U.
Dia dikatakan mahu berhenti di pusat beli-belah Setapak Central atau sebelum ini dikenali sebagai KL Festival untuk berjumpa de­ngan seorang saudaranya.

No comments:

Post a Comment