Rakaman menunjukkan detik kereta Vios yg terlibat dlm kemalangan jln raya dengan sebuah lagi kereta di kilometer 4.0 jambatan Pulau Pinang pada pukul 2.55 pagi
Mangsa seorang lelaki dikenali Moey Yun Peng, berusia 20 tahun.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (suv) Mazda CX-5 itu membuat laporan polis pukul 5 petang selepas anak lelakinya berusia 20 tahun yang memandu kereta itu tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.
Gambar hiasan : 2017-Mazda-CX-5-launch (copy dr website Paultan)
"Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anaknya tidak pulang dan dia menerima maklumat dari rakan anaknya itu bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terhumban ke dalam laut.
Menurut bapanya, mangsa adalah pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth," katanya di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment