Lengkap sudah hidup Siti
Ditilik kembali sensasi dunia hiburan pada tahun ini, tentulah kisah kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi antara yang paling diperkatakan.
Masakan tidak, kelahiran Siti Aafiyah ke ribaan Ratu Pop Malaysia itu pada 19 Mac lalu merupakan momen yang paling dinantikan selepas Siti bergelar isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selama 11 tahun.
Setelah dua kali mengalami keguguran, Siti dan suami akhirnya berjaya menimang cahaya mata apabila pasangan tersebut menjalani kaedah in Vitro Fertilisation (iVF). benar kata pepatah, rezeki tidak pernah salah alamat.
Rezeki Di Matamu Sufian
REZEKI datang dalam pelbagai bentuk dan bagi kes Sufian Suhaimi, kehancuran hati kerana putus tunang dengan Elfira Loy diganti dengan kejayaan single Di Matamu menempah tempat ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) tahun hadapan.
REZEKI datang dalam pelbagai bentuk dan bagi kes Sufian Suhaimi, kehancuran hati kerana putus tunang dengan Elfira Loy diganti dengan kejayaan single Di Matamu menempah tempat ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) tahun hadapan.
Impak Di Matamu bukan sahaja menyentuh jiwa peminat di Malaysia, malah berjaya membuka peluang Sufian di negara seberang apabila dijemput berkolaborasi dengan kumpulan indonesia, Shima band menerusi Di Matamu 2.0.
Tudung Neelofa
Sewaktu Neelofa memilih pusat hiburan Zouk sebagai lokasi pelancaran koleksi tudungnya, be Lofa pada Februari lalu, ramai yang naik hantu.
Selain memperdebatkan pemilihan lokasi yang sinonim dengan gejala maksiat, khalayak mempersoalkan perjalanan majlis berkenaan yang dianggap tidak sopan dan mencerminkan akhlak buruk golongan wanita.
Menerima teguran secara terbuka, syarikat tudungnya, NH Prima international Sdn. bhd. mengeluarkan permohonan maaf, beberapa hari selepas acara tersebut berlangsung.
Ironi, sungguhpun orang ramai memperkatakan majlis berkenaan, tudung be Lofa laku keras dan habis dijual dalam masa 24 jam selepas dilancarkan.
Filem tempatan tunjuk taring
Tahun 2018 boleh disifatkan sebagai tahun paling berjaya bagi industri perfileman tempatan apabila beberapa buah filem telah berjaya memecahkan rekod kutipan yang di luar jangkaan.
Bermula dengan filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid yang berjaya mencatat RM37.56 juta, sokongan peminat pada karya anak tempatan terus dibuktikan menerusi Munafik 2 yang diterbitkan Skop Productions yang mencecah kutipan RM40 juta.
Menariknya, kebangkitan tersebut bukan hanya dalam kategori tertentu bahkan mencuit semua genre termasuk filem aksi Paskal dan Polis Evo 2 . Kedua-dua filem tersebut telah mencatat rekod kutipan melebihi RM20 juta.
No comments:
Post a Comment