Sunday, 5 April 2020

Lelaki hina penguat kuasa ditahan selepas 3 hari hilangkan diri

GEORGETOWN : Lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 2 April lalu sebelum menghilangkan diri, ditahan polis di rumahnya petang tadi.


Video lelaki berusia 45 tahun itu turut tular di media sosial beberapa hari lalu dan mendapat perhatian warganet.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan lelaki terbabit telah ditahan jam 5.30 petang tadi.
Katanya, selepas kejadian itu, lelaki terbabit telah melarikan diri namun dia dapat ditahan di rumahnya di Jelutong Timur, dekat sini.

“Siasatan terhadap lelaki itu mendapati dia mempunyai mempunyai 15 rekod jenayah lampau termasuk bersabit kes dadah.
“Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya kepada media, hari ini.
Menerusi video itu, lelaki terbabit dilihat duduk di kerusi di Astaka Jelutong, dekat sini, kira-kira jam 7.45 pagi, 2 April lalu.
Beberapa anggota penguat kuasa MBPP kemudian meminta lelaki itu beredar kerana perlu patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tidak berpuas hati dengan arahan itu, dia menghamburkan kata-kata kesat terhadap penguat kuasa berkenaan.

No comments:

Post a Comment