Saturday, 27 April 2013

Hatrik Rangel benam Darul Takzim

Pemain import Perak, Paulo Rangel menjaringkan hatrik untuk menewaskan Johor Darul Takzim dalam saingan Liga Super pada Sabtu malam.

MSL 2013: Perak 1-0 T-Team


Sebelum perlawanan, Darul Takzim berazam untuk pulang dengan kutipan mata bagi meneruskan saingan untuk menjuarai Liga Super.
Namun mereka gagal membawa pulang sebarang mata selepas tewas 3-0 kepada Perak yang beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri di Stadium Lumut.
Paulo Rangel menjadi ancaman sejak awal perlawanan apabila melakukan percubaan merbahaya namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol Harimau Selatan, Al-Hafiz.
Beberapa minit kemudian Norshahrul Idlan berjaya melepasi perangkap ofsaid dan mara ke gawang gol Perak namun percubaannya tersasar.
Pada minit ke-12 Rangel meletakkan pasukan tuan rumah 1-0 di hadapan apabila tandukan kemasnya berjaya menewaskan Al Hafiz.
Norshahrul sekali lagi cuba untuk mengasak ke gawang gol Darul Takzim tetapi pemain pertahanan Perak, Rafael Souza pantas menghalang pergerakan bekas penyerang Kelantan itu.
Jurulatih Darul Takzim, Fandi Ahmad melakukan perubahan pertama dalam pasukan pada minit ke-28 apabila Andre Da Silva masuk menggantikan Ezrie.
Rangel terus mengasak sebelum waktu rehat namun keputusan kekal Perak di hadapan 1-0.
Bermula babak kedua, Safiq Rahim yang kembali dalam kesebelasan utama pada perlawanan ini telah digantikan dengan Safee Sali.
Pada minit ke-66, Hadi Yahya membuat hantaran kepada Rangel yang terus merembat masuk gol kedua untuk skuad Seladang.
Safee kemudian melakukan rembatan dari luar kotak penalti namun ditangkap kemas oleh penjaga gol Perak, Farizal Marlias.
Darul Takzim terus gagal untuk mendapatkan jaringan dan tiga minit sebelum masa tamat, Rangel melengkapkan hatriknya dengan jaringan cantik dan seterusnya mengutip tiga mata untuk Perak.

No comments:

Post a Comment