Kepulan asap tebal kejutkan jentera BN
Pemuda berusaha menyelamatkan sebuah lori dari lokasi kebakaran
JENGKA - Baru sahaja hendak memulakan hari keenam kempen pilihan raya di bandar ini, sekumpulan Pemuda Barisan Nasional (BN)  bersama calon BN Dun Jengka, Wan Salman Wan Ismail dan calon BN Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dikejutkan dengan kejadian kebakaran sebuah stor perabot yang terletak bersebelahan Arked Mara, pagi semalam.

Wan Salman berkata, beliau dan kumpulannya  baru sahaja tiba di terminal bas sementara, di sini, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian untuk bersarapan pagi sebelum melihat kepulan asap hitam.

Menurutnya, mereka kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan menjadi orang pertama tiba lalu  menghubungi pihak bomba.

"Secara kebetulan, ada antara kumpulan pemuda ini anggota bomba sukarela dari Felda Jengka 17, jadi bantuan awal diberikan untuk mengawal kebakaran.

“Pemuda juga bertindak mengalihkan sebuah lori yang terletak berhampiran bagi mengelakkan ia turut dijilat api,” katanya.

Sementara itu, tidak sampai sehari kejadian berlaku, sudah mula ada khabar dalam laman sosial menuduh kebakaran berpunca daripada BN.

Wan Salman berkata, beliau kecewa dengan dakwaan itu yang menuduh BN membakar stor terbabit, selain dituduh tidak menghargai tugas bomba kerana kononnya lambat bertindak.

“Ia adalah satu tuduhan yang berat. Kami menerima makluman daripada pegawai bomba tekanan paip sedikit rendah tapi masih dapat mengawal daripada merebak di bangunan sebelah,” katanya.

Hadir sama melihat lokasi kejadian ialah calon Pas Dun Jengka, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut melahirkan rasa simpati kepada pemilik stor berkenaan, Mohd Hisham Mat Isa, 3