Pesta Buku tamat hari ini
Kaunter I Love Islam di dewan pameran Karangkraf memberikan belon pelbagai bentuk secara percuma kepada adik-adik.
Pesta Buku tamat hari ini
Pengurus Besar Penerbitan, Sri Diah Shaharuddin (berdiri) bergambar bersama kakitangan Kumpulan Media Karangkraf di gerai buku di PWTC.
Pesta Buku tamat hari ini
Pengerusi Pertubuhan Anak-Anak Kerdau Temerloh Pahang, Khairul Nizam Abdul Samad, turut mengunjungi dewan pameran Karangkraf.
KUALA LUMPUR – Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2013 yang dijadualkan berlangsung sehingga 5 Mei akan berakhir sehingga jam 10 malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Komunikasi dan Duta Buku Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ishak Hamzah berkata, perubahan saat akhir itu terpaksa
dilakukan demi memberi ruang kepada pempamer dan petugas PBAKL menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU), esok.

Bagaimanapun katanya, waktu operasi hari ini dilanjutkan dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

"Susulan PRU yang berlangsung serentak dengan hari akhir PBAKL (5 Mei), Jawatankuasa Pengelola PBAKL ingin memaklumkan perubahan terhadap tarikh operasi,” katanya.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan PBAKL di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana malam ini merupakan malam penghabisan yang mana banyak tawaran istimewa diberikan.