Tuesday, 29 April 2014

Tip kekeluargaan Che Amran


GAYA penulisan yang ringkas menjadikan buku karya Che Amran mudah difahami pembaca.


DALAM lambakan novel-novel berkisahkan perjalanan ranjau berduri pasangan kekasih, masih ada lagi permintaan buku berpaksikan ilmiah dan keagamaan sebagai mengisi kekosongan jiwa yang hakiki.
Mengambil cebisan peluang yang ada, Che Amran Idris, 45 mengumpul cerita dan pengalaman menjalani tanggungjawab sebagai ketua keluarga ke dalam buku-buku hasil nukilannya.
Ia disimpul kemas dengan paduan kisah daripada sang isteri, Isyah Radiah Idris, 39, yang menjadi tunjang penting kepada sembilan orang anak mereka.
“Semuanya bermula apabila mendapat berita bahawa anak ketiga kami menghidap kanser otak. Bertitik tolak dari detik genting itu, saya dan isteri bersetuju untuk membukukan catatan-catatan harian kami dalam buku pertama bertajuk, Anakku Brain Tumor.
“Tanpa disangka, ia mendapat sambutan dan respons yang baik membuatkan kami terus menghasilkan buku-buku berteraskan kekeluargaan mengikut syariat Islam,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Genre tersebut dipilih memandangkan ia dekat dengan diri ahli kumpulan nasyid terkenal, Raihan itu. Malah portfolio yang kukuh dalam bidang keagamaan dan pendidikan dijadikan asas kepada idea-idea penulisannya.
Bertunaskan kemahiran yang ada, Che Amran kini telah menghasilkan tiga buku lain iaitu, Mudahnya Dapat A, Nikmatnya Sakit Bersalin dan Mudahnya Ajar Anak Solat. Kesemuanya diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Menghasilkan sesebuah naskhah baharu, Che Amran banyak berbincang dengan isterinya dalam memilih tajuk bersesuaian agar ia mendapat manfaat dan dijadikan sumber rujukan kepada pembaca.
“Sebagai contoh, buku Nikmatnya Sakit Bersalin ditulis selepas menyedari kurangnya bahan bacaan untuk kaum ibu mengandung yang mengikut syariat Islam. Disebabkan itu, kami cuba memberikan panduan kepada mereka mengenai adab-adab ketika mengandung dan bersalin,” ujar Che Amran.
Doa ringkas
Ia tidak hanya sesuai untuk golongan wanita mengandung, malah boleh dibaca oleh suami melalui tip dan petua penjagaan sebelum dan selepas bersalin. Selain itu, diselitkan juga doa-doa ringkas untuk diamalkan.
Begitu juga dengan buku baharunya, Mudahnya Ajar Anak Solat yang khusus untuk ibu bapa dalam mengajar anak-anak mereka bersolat bermula dari awal sehingga dewasa. Ia secara terperinci membincangkan cara-cara mendidik dengan lebih seronok dan menarik.
“Mempunyai sembilan orang cahaya mata pastinya setiap mereka mempunyai sifat peribadi yang berbeza. Teknik dan pendekatan yang berlainan diambil bagi mendidik mereka mengenai kepentingan solat. Kaedah-kaedah tersebut kami huraikan satu per satu dalam buku setebal 184 muka surat ini,” jelasnya.
Menurut anak kelahiran Pas Mas, Kelantan itu, buku-buku tulisannya merupakan satu wadah kepada perkongsian ilmu kepada pembaca. Pada masa sama, ia juga sebagai usaha dakwah bagi menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam hidup seorang muslim.
“Dalam perkembangan teknologi maklumat, masih ramai yang lagi mendambakan buku-buku dalam genre keagamaan. Secara tidak langsung, ia dapat mengembangkan lagi dakwah Islam kepada pembaca,” jelas beliau.
Bagi mendapatkan buku-buku tulisan Che Amran, layari www.galeriilmu.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Misi Arsenal belum selesai


GIROUD (kiri) meraikan kejayaan Koscielny menjaringkan gol pertama Arsenal ketika menewaskan Newcastle 3-0 di Stadium Emirates awal pagi semalam.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan menarik nafas lega meskipun skuad The Gunners berada di landasan tepat untuk mengesahkan slot ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.
Wenger memberikan gambaran itu selepas Arsenal merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana England di Stadium Emirates awal pagi semalam.
Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Arsenal di tangga keempat liga selepas mengumpul 73 mata iaitu empat mata di hadapan pencabar terdekat, Everton (69 mata) ketika saingan musim ini masih berbaki dua perlawanan.
Skuad The Gunners yang juga finalis Piala FA musim ini hanya perlu mencatat satu kemenangan untuk mengesahkan slot ke kempen Liga Juara-Juara buat kali ke-17 berturut-turut.
Bagaimanapun, Wenger masih belum bersedia untuk meraikan kejayaan itu biarpun anak-anak buahnya mempamerkan persembahan mantap ketika menewaskan Newcastle iaitu kekalahan keenam berturut-turut sejak musim 1986/1987.
"Kami mara satu langkah ke hadapan dan satu kemenangan lagi akan menjamin kedudukan kami dalam kelompok empat pasukan teratas tetapi buat masa ini, misi kami masih belum selesai.
"Saya cukup berpengalaman dalam perkara ini. Kami tidak boleh leka. Pengalaman yang pahit musim ini akan membantu kami untuk menumpukan sepenuh perhatian kerana kami berada pada kedudukan terbaik ketika ini.
"Kami mempunyai satu perlawanan di laman sendiri (Stadium Emirates) dan berpeluang untuk menang. Apa yang penting ialah mengekalkan prestasi ketika ini dan membuktikan potensi kami untuk bermain bola sepak yang menarik," katanya.
Beraksi di laman sendiri, Arsenal tidak mengambil masa lama untuk menyumbat gol pertama menerusi jaringan pemain pertahanan, Laurent Koscielny pada minit ke-26.
Perancang skuad The Gunners, Mesut Ozil menggandakan kedudukan pada minit ke-42 sebelum Olivier Giroud memastikan kemenangan selesa skuad bimbingan Wenger pada minit ke-67. - AFP

Sunday, 20 April 2014

Gurauan kematian jadi kenyataan {Sinar Harian}

Gurauan kematian jadi kenyataan IPOH - Gurauan mengenai mati bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh Ram Singh, 74, bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius Jayakrishnan, 39, di pejabatnya Rabu lalu adalah gurauan terakhir mereka sebelum kedua-duanya maut dalam kemalangan keesokan harinya.

Anak tunggal perempuan mendiang Karpal, Sangeet Kaur Deo, berkata, dia mendengar cerita tersebut daripada pekerja bapanya yang kebetulan mendengar gurauan itu.

Menurutnya, Michael amat disenangi dan seorang yang periang dan ceria yang suka berjenaka.

Sangeet berkata, bapanya sangat rapat dengan Michael dan mereka selalu bergurau di dalam pejabat bersama.

“Pada pagi Rabu lalu, bapa saya sempat bergurau dengan Michael, (berbunyi) "tanpa Michael saya akan mati" dan Michael pula membalas, "tanpa bos saya akan mati".

“Pada ketika itu, hanya pekerja yang berada di pejabat mendengar gurauan dan melihat mereka dalam keadaan ceria,” katanya yang tidak berada di pejabat pada waktu itu.

Anak keempat daripada lima adik beradik itu ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini ketika menuntut mayat Micheal untuk dibawa pulang ke India.

Turut kelihatan, anak ketiga Karpal  yang turut terbabit dalam kemalangan Khamis lalu, Ramkarpal Singh dan anak bongsunya, Man Karpal Singh.

Selain itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Michael yang dianggap sangat setia dan jujur terhadap Karpal sepanjang berkhidmat sebagai pembantu peribadi sejak sembilan tahun lalu.

Upacara keagamaan turut diadakan selama 20 minit sebelum Michael dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Vellore, Tamil Nadu, India menaiki pesawat MH180 yang berlepas jam 10 malam semalam.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

Dalam kejadian pagi Khamis lalu, MPV jenis Toyota Alphard hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori dan meragut nyawa Karpal dan Michael.Kemalangan itu, turut menyebabkan pembantu Indonesia, Selfiana Rengga, 26, cedera parah dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB, di sini.
Kejadian di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan berlaku, ketika mendiang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Pemandu jadi punca nahas?

 ANGGOTA keselamatan dan kakitangan perubatan dari Hospital Temerloh dan Raub bertungkus-lumus menyelamatkan penumpang bas yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur, Temerloh, pagi semalam. - mingguan/MAHATHIR ALI

TEMERLOH 19 April - Genap seminggu kemalangan melibatkan bas ekpsres yang meragut tiga nyawa termasuk sepasang suami isteri di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, tragedi yang hampir sama berulang.
Kali ini tiga penumpang termasuk seorang bayi berusia 11 bulan parah manakala 13 lagi termasuk pemandu cedera selepas bas ekspres yang membawa 27 penumpang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 116, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Temerloh di sini awal pagi ini.

Lebih dikesalkan jika dalam kemalangan Sabtu lalu, pemandu dikatakan positif dadah dan asyik bermain khidmat pesanan ringkas (SMS), kemalangan terbaharu ini juga turut dikaitkan dengan kecuaian pemandu sebagai punca kejadian.

Ia berikutan dakwaan penumpang yang menyatakan pemandu berada dalam keadaan mengantuk dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu sehingga menyebabkan bas terbabit terbalik beberapa kali sebelum terjatuh dan tersangkut di dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

Mangsa yang parah ialah Mohd. Izzudin Yusof, 28; Ishamudin Musa, 39; dan Muhd. Haziq Aizat Nazmi, 1.
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berpunca daripada pemandu bas yang mengantuk dan difahamkan, bas berkenaan bertolak ke Kuala Lumpur lewat sejam daripada jadual sepatutnya iaitu pada pukul 10.30 malam.

Embedded image permalink

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas dan melanggar penghadang jalan di tengah lebuh raya.

"Kejadian itu menyebabkan 15 orang cedera termasuk tiga parah dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu bas tersebut turut dimasukkan ke hospital sama dan kini diberi pemantauan doktor akibat luka di bahagian muka.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera parah stabil dan telah sedarkan diri termasuk bayi lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan.
Dalam pada itu, Abdul Aziz, berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kejadian masih lagi disiasat.

Katanya, pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk melakukan ujian air kencing dan juga ujian darah serta alkohol ke atas pemandu terbabit.
"Tempat kejadian itu bukanlah kawasan kemalangan dan semasa kejadian cuaca baik serta sedikit berkabus. Siasatan masih giat dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku akibat pemandu mengantuk," ujarnya.

Penghormatan terakhir buat Karpal Singh

Embedded image permalink Mendiang Karpal Singh dibawa dari kediamannya ke Dewan Sri Pinang bagi memberi penghormatan terakhir. PIX Danial Saad

Bas bawa pelancong terbabas

 FOTO Luqman Hakim Zubir
SEBUAH bas dua tingkat membawa pelancong asing dalam perjalanan dari Pulau Redang ke Singapura, terjunam dalam gaung dekat Paloh Hinai, Pekan, jam 4.30 petang tadi. Setakat ini seorang pelancong laporkan maut. 

Saturday, 19 April 2014

Sampai hati Putih...(HMetro)

Foto Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 5 petang, Rusita Ahmad, 50, mahu membawa pulang kucing berusia enam tahun yang diberi nama Putih itu selepas disedari keluar dari kawasan rumahnya di Taman Setia, di sini, sebelum kucing itu menyerangnya dan terpaksa ‘bertarung’ dengannya selama tiga minit.

Kecederaan teruk akibat digigit dan dicakar kucing itu menyebabkan Rusita terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, berikutan jangkitan kuman pada Rabu lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Rusita berkata, dia berehat di ruang tamu sebelum dimaklumkan oleh anak sulungnya Nurhafifi Mohd Zuki, 23, bahawa kucing yang dibela sejak kecil dilihat keluar merayau-rayau di kawasan perumahan mereka.
Katanya, sebelum ini kucing berkenaan tidak pernah keluar atau bergaul dengan kucing lain, sebaliknya hanya berada di dalam kawasan rumah, selain ditempatkan di dalam sangkar khas.
Katanya, Nurhafifi enggan mengambil kucing itu, sebaliknya menyuruhnya membawa pulang ke rumah kerana mungkin masih fobia berikutan kakinya pernah dicakar haiwan berkenaan, dua bulan lalu. “Saya kemudian mengekorinya sejauh kira-kira enam meter sambil memanggil nama Putih sebelum bulu-bulunya dilihat mengembang lalu menyerkupnya dengan bakul baju dan membawanya pulang ke rumah bagi dimasukkan ke dalam sangkar.
“Ketika cuba memasukkannya ke dalam sangkar dengan memegang lehernya, Putih tiba-tiba meronta-ronta sambil bergayut dan bertindak agresif menggigit pergelangan tangan kanan saya, manakala kuku kakinya yang tajam mencakar berulang kali pada lengan.
“Saya terpaksa ‘bertarung’ dengan Putih selama tiga minit dan darah menitis dengan banyak di atas lantai sebelum berjaya melepaskan gigitannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rusita yang turut menghidap penyakit kencing manis berkata, ketika itu Nurhafifi dipercayai panik dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dengan kejadian yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.
Katanya, sebaik melepaskan gigitan, Putih masih menjegilkan matanya berwarna kebiruan sebelum melarikan diri selepas dibaling dengan bakul baju berkenaan.
Nurhafifi yang bekerja sebagai jururawat membasuh lukanya dengan air dan sabun sebelum menyapukan iodin serta ubat.

Pengurus JDT II tumbuk pengadil (kosmo)

JOHOR BAHRU -Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar mencetuskan kegemparan malam tadi apabila menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2 malam tadi.

Ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, On tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka disuraikan dan dia dibawa keluar padang dengan diiringi pihak polis.

Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pihak pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan tuan rumah.

Beberapa ratus penyokong JDT turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka.

Pengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka.

"Setiap tindakan yang dibuat akan menimbulkan reaksi, jadi saya berharap semua pihak bersabar," katanya.
Sungguhpun demikian, beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung.

Tidak lama selepas Serbegeth beredar, penyokong yang berkumpul turut bersurai.