ENAM buah kereta terkandas selepas hujan lebat selama satu jam yang mengakibatkan air naik kira-kira 0.5 meter di Jalan Maarof, Bangsar. Azmaidi Abidin
KUALA LUMPUR – Hujan lebat tanpa henti selama tiga jam yang melanda ibu kota semalam menyebabkan beberapa jalan utama di sini lumpuh akibat banjir kilat.
Hujan bermula pukul 3 petang itu menyebabkan beberapa lebuh raya dan jalan utama iaitu Lebuh Raya Mahameru, Jalan Duta, Bulatan Cheras, terowong Jalan Tun Razak menghala ke Cheras, Jalan Raja Chulan, Jalan Cheras dari Batu 5 1/2 bertentangan pusat beli-belah Leisure Mall dan Jalan Maarof ditutup sementara.
Banjir kilat yang menjadi lumrah kepada warga kota itu menyebabkan ribuan pengguna jalan raya terkandas beberapa jam akibat kesesakan trafik luar biasa.
Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali Ramli, 30, berkata, kenderaannnya terkandas dalam kesesakan jalan raya selama dua jam di Jalan Tun Razak kerana terdapat dahan pokok patah berdekatan bangunan Kedutaan Indonesia.
BANJIR kilat di Jalan Duta mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas.
POKOK tumbang akibat hujan lebat dan ribut petir di Seri Johor, Jalan Seri Permaisuri, Cheras. FOTO Muhd Asyraf Sawal
No comments:
Post a Comment