Monday, 26 May 2014

Kejayaan milik Real


PEMAIN Real meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara setelah menewaskan Atletico 4-1 di Lisbon semalam.

LISBON - Real Madrid berjaya mendakap trofi Liga Juara-Juara buat kali ke-10 selepas mengecewakan Atletico Madrid 4-1 di Estadio da Luz, Lisbon awal pagi semalam.
Aksi terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan apabila gol jaringan Sergio Ramos pada masa kecederaan berjaya memadam jaringan pendahuluan Atletico hasil jaringan Diego Godin pada minit ke-36.
Gareth Bale, Marcelo dan Cristiano Ronaldo akhirnya muncul wira The Galacticos apabila masing-masing mencetak satu gol pada masa tambahan.
Jurulatih Real, Carlo Ancelotti menyifatkan beliau paling bertuah apabila anak-anak buahnya berjaya menamatkan kemarau trofi Liga Juara-Juara yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2002.
"Bukan kali ini sahaja saya benar-benar bertuah.
"Sesungguhnya, kepercayaan kelab terhadap saya benar-benar berbaloi," kata Ancelotti.
Beliau juga mempertahankan keputusan pengadil yang memberikan masa kecederaan yang agak lama sehingga berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ramos.
"Aksi banyak dihentikan pada awal babak kedua, jadi ia bukan satu isu yang besar.
"Mereka boleh kata saya hanya bernasib baik, tetapi saya benar-benar memuji semangat juang pemain yang tidak mengaku kalah selagi perlawanan belum tamat," jelas beliau.
Ancelotti juga memuji cabaran yang diberikan Atletico sepanjang perlawanan itu.
"Atletico memang berhak layak ke final, cuma kami lebih berhak untuk muncul juara," katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment