Sunday, 28 June 2015

Didera ibu tiri seperti binatang

 Yaya dimasukkan di HRPZ II, Kota Bharu kelmarin selepas dipercayai didera ibu tirinya sejak setahun lalu sehingga berparut di seluruh anggota badan dan mengalami trauma emosi.
====================================================================
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diperlakukan tidak ubah seperti binatang apabila dipercayai diseksa dan didera oleh ibu tirinya sendiri sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk serta paha sebelum dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak setahun lalu.
Mangsa, Nur Zuliana Zaara Zulkifli turut dipukul apabila tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan parut, malah luka terbaharu ditemui di kepalanya, apabila kulit kepala mangsa didapati terkoyak akibat didera.
Rahsia mengenai kekejaman suspek dikatakan terbongkar selepas ayah mangsa dan ibu tirinya enggan menjaga Nur Zuliana atau mesra dipanggil Yaya sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28 di Rantau Panjang pada Rabu lalu.
 Gambar Yaya bersama ibu tirinya sewaktu masih sihat.

Sana berkata, doktor telah mengesahkan Yaya didera selepas mendapati terdapat kesan parut di badannya malah, mendedahkan terdapat kecederaan lama tulang patah iaitu pada tulang belakang, rusuk dan paha.
“Kejamnya mereka, selepas Yaya didera, dia dibiarkan kesakitan tanpa rawatan kerana menurut doktor tulang-tulang yang patah itu sudah bersambung sendiri, tetapi tidak dirujuk ke hospital menyebabkan bahagian belakang badan Yaya berhampiran pinggang membengkak.
“Malah, akibat penderaan itu Yaya turut tidak lagi boleh berjalan secara normal dengan badannya sedikit bongkok dan kakinya pendek sebelah,” katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini semalam.

Animasi Malaysia cetus fenomena baharu



SEKUMPULAN kanak-kanak kelihatan teruja melihat beberapa karakter animasi yang diperbuat daripada kadbod yang disusun semasa Pameran Animasi Malaysia 2015 (Anifest@Summit 2015) di pusat beli-belah The Summit Subang USJ, baru-baru ini.
Kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima hingga 10 tahun itu seperti baru kali pertama melihat beberapa karakter animasi yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan kanak-kanak pada sekitar tahun 90-an.
Apabila kru Jurnal bertanyakan tentang salah satu karakter animasi yang dipamerkan, ter­nyata kanak-kanak tersebut tidak tahu, malah tidak pernah mendengar siri animasi yang dimaksudkan iaitu Usop Sontorian.
“Pameran ini bertujuan untuk mengimbas nostalgia sewaktu zaman kegemilangan animasi tempatan yang pernah popular suatu masa dahulu,” kata Pengarah komunikasi Anifest@Summit 2015, Shamsaimun Ezil yang juga merupakan Setiausaha Persa­tuan Animasi Malaysia (Animas).
Katanya lagi, acara tersebut secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan masyarakat melalui animasi serta mengetengahkan aspek budaya.
Mengimbas kembali sejarah, contoh pertama animasi di dunia ialah wayang kulit yang pada ketika itu banyak mengetengahkan karakter dewa-dewa yang dimainkan dalam bentuk patung dan sendi tangan dalam animasi guntingan (cutout) yang digerak-gerakkan.
Seorang animator dari Jerman, Lotte Reiniger kemudiannya mendapat ilham melalui permainan wayang kulit untuk menghasilkan sebuah filem yang bertajuk The Adventures of Prince Achmed pada tahun 1926.
Fenomena


Di Malaysia, dunia animasi mula diperkenalkan sekitar tahun 1946 apabila tertubuhnya Unit Filem Malaya yang kini dikenali sebagai Filem Negara (Finas) sekaligus menerbitkan siri animasi pendek pertama iaitu Hikayat Sang Kancil (1978) yang ditayangkan pada tahun 1983 yang dihasilkan tanpa suara.
Selepas penerbitan siri animasi pertama itu, beberapa animasi lain diterbitkan sekitar tahun 1984 hingga 1987 iaitu Sang Kancil dan Monyet, Sang Kancil dan Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Menurut Timbalan Presiden 1 Animas, Ameir Hamzah Hasim, animasi sebenarnya te­lah wujud lebih awal iaitu dalam bentuk lukisan catan pada dinding-dinding gua yang dianggap memenuhi beberapa prinsip asas animasi itu sendiri.
“Animasi mula hangat diperkatakan apabila Presiden Animas, Kamarudin Ismail atau Kamn Ismail mengadakan usahasama dengan kartunis majalah lawak popular Ujang di bawah produksi Kharisma Pictures Sdn. Bhd,” tuturnya sewaktu ditemui di Anifest.
Tambahnya lagi, hasil usahasama dan gabungan idea yang digarap akhirnya telah menghasilkan siri animasi pertama Malaysia iaitu Usop Sontorian sehingga mencetuskan feno­mena luar biasa bermula pada tahun 1996.
Penerbitan siri animasi Usop Sontorian dalam bentuk 2D te­lah menggunakan kaedah komputer sepenuhnya berbanding cara tradisional di mana setiap pergerakan watak dilukis satu demi satu di atas plastik seluloid iaitu sejenis plastik jernih yang memakan masa yang lama.
“Setiap pergerakan selama satu saat, sebanyak 24 lukisan akan dilukis dan ia memerlukan kos yang tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit untuk membayar kos tenaga kerja yang ramai berbanding selepas kaedah digital digunakan yang lebih murah selain cepat dan menjimatkan masa,” jelas Amier yang sangat mengagumi pelakon dan pelawak veteran, Mat Sentul yang merupakan seorang penggiat animasi sekitar era 50-an melalui karya yang ditonjolkan dalam beberapa buah filemnya seperti Mat Bond.
Ibarat kejadian air laut yang ada pasang dan surutnya, siri animasi di Malaysia seakan tenggelam ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998 yang memberi kesan kepada seluruh warga penerbitan animasi tempatan.
Era baharu
 SEBAGAI pensyarah, Siti Hajar mahukan pelajarnya boleh berfikir secara kreatif bagi menghasilkan karya baharu yang bermutu dalam dunia animasi.

Sejak itu, dunia animasi tempatan dilihat suram daripada karya-karya yang mampu mencetuskan fenomena dan kegilaan dalam kalangan peminat siri kartun tempatan sehingga munculnya siri animasi Upin dan Ipin sekitar tahun 2006 terbitan produksi Les Copaque Productions (LCP) Sdn. Bhd.
Berbeza dengan animasi Budak Kampung daripada karya Datuk Lat, cerita tentang kehidupan seorang budak kampung itu diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara kerana ianya sudah dikenali melalui penerbitan komiknya terlebih dulu sebelum dihasilkan dalam bentuk animasi.
Siri animasi Upin dan Ipin yang mengangkat tema kehidupan seharian kanak-kanak tadika dari pelbagai kaum yang tinggal di kampung, ternyata memberi satu evolusi baharu dalam memikat hati penonton tanpa mengira pe­ringkat umur.
Dijayakan oleh dua orang adik-beradik kembar sebagai watak utama dan disokong oleh beberapa karakter lain seperti Opah, Kak Ros dan rakan-rakan seusia iaitu Mail, Ehsan, Fizi, Mei Mei dan Jarjit, siri Upin dan Ipin berjaya mewarnai semula siri animasi di Malaysia.
Sewaktu ditebak de­ngan persoalan tentang kekuatan pada animasi Upin dan Ipin, Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md. Razi memberitahu, jalan cerita yang menarik dan asli merupakan kunci utama pada kejayaan siri tersebut.
“Upin dan Ipin membawa penonton dalam realiti sebenar kehidupan kanak-kanak dalam kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia,” ujarnya yang tidak menolak penghasilan siri Upin dan Ipin yang dibuat dalam bentuk 3D menjadikan ia tambah istimewa.
Tuturnya lagi, penghasilan animasi Upin dan Ipin tidak diplagiat daripada mana-mana animasi sedia ada dari dalam mahupun luar negara sekali gus menjadi ia suatu penghasilan produk yang bersifat asli.
Paling menarik, siri animasi itu telah ditayangkan di 14 buah negara termasuk di Turki selain mencatatkan rekod keuntungan tertinggi dalam laman perkongsian YouTube dari seluruh Asia Tenggara oleh Head of Global Content yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Burhanuddin dalam pada itu memberitahu, seperti menjadi kelaziman sesuatu perkara itu pasti akan berhadapan de­ngan beberapa kekangan dalam menghasilkan sesuatu produk berkualiti.
“Kebanyakan penggiat seni akan berhadapan de­ngan masalah utama dari segi modal yang besar,” tuturnya tanpa banyak berselindung.
Peminjam suara kepada watak Tok Dalang itu bagaimanapun tidak menganggap perkara tersebut merupakan masalah utama, sebaliknya meletakkan jalan penceritaan yang lemah dan kreativiti sebagai punca utama kepada mutu sesuatu animasi.
“Penggiat selalunya cuba untuk menghasilkan sesuatu produk melebihi apa yang telah dibuat di pasaran antarabangsa, malangnya ia tidak dapat di­terima,” jelasnya yang menganggap perbuatan itu sama seperti mencetak hasil kerja orang lain.
Kreatif
 Bidang animasi di Malaysia semakin berkembang dan mampu bersaing dengan pasaran animasi global.

Pendapat yang sama turut disuarakan oleh Ketua Pusat Pengajian Animasi di Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Perdana, Siti Hajar Aznam apabila meletakkan kekurangan kandungan dan pengisian dalam produk animasi merupakan kelemahan dalam berkarya.
“Kandungan karya yang baik seharusnya mempunyai skrip yang bagus, penceritaan yang menarik dan mempunyai kreativiti tersendiri,” tuturnya yang telah membentangkan karya animasi tempatan dalam satu forum animasi di Australia beberapa tahun lalu.
Dalam pembentangan yang diadakan di University of Sydney itu, ahli panel dari beberapa buah negara telah memberikan komen tentang karya animasi Malaysia yang dikatakan terlalu bersifat tempatan sehingga hasilnya sukar untuk menembusi pasaran luar negara.
Sebagai pensyarah animasi, Siti Hajar melihat perkembangan animasi di Malaysia kini telah mengalami perkembangan yang baik sejajar dengan sokongan yang diberikan oleh Industri Kreatif Negara melalui dana yang salurkan.
“UiTM sendiri misalnya amat menyokong industri animasi dan banyak melahirkan graduan-graduan berkualiti yang te­lah bekerja di syarikat-syarikat produksi animasi terkemuka,” ujarnya yang berharap pelajarnya mampu mencari identiti sendiri dalam menghasilkan sesuatu animasi.

Thursday, 18 June 2015

Kereta milik Vanidah terbakar

 Kira2 70% kereta Mini Cooper yang dianggarkan bernilai Rm 150ribu milik Vanidah hangus terbakar di Sngai Besi Kuala Lumpur semalam

KUALA LUMPUR – “Tuhan masih sayangkan saya, mungkin masanya (ajal) untuk saya belum sampai.”
Itu luahan aktres terkenal, Vanidah Imran, mengenai tragedi kereta yang dipandunya terbakar kira-kira satu kilometer selepas susur keluar Serdang, Selangor pada pukul 3 pagi semalam.
Walaupun keretanya model Mini Cooper yang dianggarkan berharga RM150,000 itu hampir musnah, heroin filem Wanita Melayu Terakhir itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat keluar dari kereta sebelum ia terbakar.
Ketika kejadian, Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah Amran, 42, memandu sendirian dalam perjalanan pulang dari lokasi penggambaran drama untuk siaran hari raya berjudul Rekah di Serdang, Selangor.
“Saya sangat berterima kasih kepada seorang pemandu lelaki yang bersungguh-sungguh menekan hon dan memberi isyarat agar saya memberhentikan kereta sambil menunjukkan bahagian enjin kereta saya mengeluarkan asap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Vanidah berkata, dia kemudian melihat ke arah bahagian enjin yang sudah mengeluarkan asap sebelum menekan brek.
“Apabila brek sudah tidak lagi berfungsi, saya kemudian menukar gear dan mengangkat brek tangan dan kereta mula perlahan sebelum berhenti di tepi lebuh raya.
“Saya sempat mencapai telefon dan beg tangan dan keluar dari kereta.
Nasib baik juga, kereta saya tidak dilengkapi sistem berkunci secara automatik sekiranya ada kecemasan,” katanya.

Rumah keluarga Zero terbakar


BEGINILAH keadaan rumah keluarga Zero dan penduduk lain yang hangus dalam satu kebakaran di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah kelmarin

KUALA LUMPUR – Rumah keluarga juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, Zero di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang memusnahkan hampir 70 buah rumah kelmarin.
Image result for kumpulan zero maharaja lawak mega 2014
Kebakaran berkenaan dipercayai berpunca daripada sehelai baju yang terbakar di dalam sebuah rumah berhadapan dengan rumah keluarga Zero sebelum merebak ke rumah penduduk berdekatan.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.30 petang itu menyebabkan hampir 69 buah keluarga kini tinggal sehelai sepinggang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengurus kepada kumpulan Zero, Shafeeqa Johari berkata, tiga beradik ber­kenaan kemudian bergegas pulang ke Sabah sebaik sahaja mendapat berita itu.
“Kumpulan Zero sekarang masih berada dalam keadaan yang terkejut ke­rana kemalangan ini berlaku secara tiba-tiba.
“Mereka baru sahaja membawa ahli keluarga datang ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah persiapan hari raya Aidilfitri minggu lalu. Semua barang-barang itu tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Zero yang terdiri daripada Sahrif Kadil Doli Sahrif (Sharif), 23, Mohammad Syaiful Doli Sahrif (Syaiful), 25, dan Sharif Kunal Doli Sahrif (Atu), 21, mencuri tumpuan industri hiburan tempatan apabila menjuarai MLM 2014 dan menewaskan beberapa pelawak senior yang lain.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan pada keluarga-keluarga yang terlibat dengan kebakaran ini boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat, bernombor 12125-41-00006963-6.
Mereka yang mahu menyumbang pakaian atau barangan terpakai pula boleh menghubungi Shafeeqa di 017-7210491 untuk maklumat dan pertanyaan lanjut.
Sementara itu, di Kudat, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Mohd. Affendy K Ramin berkata, dalam kejadian itu, sebanyak 69 buah rumah yang terletak di kawasan pesisiran pantai musnah dijilat api.
Katanya, api merebak dengan begitu cepat berikutan kedudukan rumah yang dibina sangat rapat selain diperbuat daripada kayu.

Saturday, 13 June 2015

Rezeki Humood Alkhudher (kosmo)



Setiap sesuatu kejadian tidak pernah berlaku mengikut jangkaan yang tepat. Ada kalanya ia akan menjadi kenyataan atau sebaliknya. Namun bagi penyanyi lelaki ini, tuah kini menjadi miliknya.
Gara-gara memuat naik sebuah video berdurasi 15 saat, penyanyi yang berasal dari Kuwait, Humood AlKhudher berjaya melebarkan sayap sebagai penghibur di Malaysia.
Mencetuskan fenomena, video yang dikongsi hampir di seluruh dunia itu berjaya menambat hati peminat tempatan sehingga mereka merakam semula lagu tersebut menerusi aplikasi Dubsmash termasuk dalam kalangan selebriti popular tanah air.
Tuah daripada perkongsian video itu, ia bagai mengiringi perjalanan karier lelaki tinggi lampai yang memiliki pakej lengkap dalam memperjuangkan karyanya.
Terkenal menerusi lagu bertajuk Kun Anta yang membawa maksud Be Yourself atau jadilah diri sendiri, Humood mengakui lebih selesa mengetengahkan mesej positif sebagai subjek penting dalam penulisan liriknya.
Meskipun begitu, Humood tetap mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu berkonsep ketuhanan namun enggan melabelkan karyanya dengan elemen keagamaan.
"Meskipun ramai berpendapat saya membawa lagu lebih menjurus kepada ketuhanan sama seperti apa yang diperjuangkan oleh Maher Zain sebelum ini, sebenarnya ia kurang tepat. Lagu yang cuba saya tonjolkan lebih bersikap positif sekali gus memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
"Bagaimanapun ini tidak bermaksud saya sempurna, namun elemen seperti ini agak jarang ditonjolkan berbanding lagu bertemakan cinta," jelasnya ketika ditemui dalam satu majlis temu bual eksklusif di Restoran Savaro, Publika Solaris, Dutamas, Selangor kelmarin.
Hadir dalam keadaan bersahaja dan santai tanpa perlu dikawal oleh pengawal peribadi, penyanyi berusia 26 tahun itu nyata bijak dalam menyusun setiap kata saat menjawab persoalan yang ajukan.
Hal itu termasuk ketika dia menjawab persoalan mengenai kejayaannya meraih populariti hanya menerusi satu lagu hit sahaja.
"Jujurnya, mesti saya ingin mempromosikan kesemua lagu yang ada di dalam album ini tetapi perkara mengejutkan telah berlaku di Malaysia apabila Kun Anta mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat Malaysia termasuk selebriti.
Pelakon dan pengacara
"Lebih mengejutkan, lagu itu juga berjaya berada pada kedudukan teratas dalam carta lagu iTunes di Malaysia," jelasnya yang merupakan artis di bawah naungan Awakening Records.
Memiliki pengalaman menyanyi sejak berusia 10 tahun, Humood kini gigih merencana agenda demi mempromosikan album pertamanya yang dilengkapi dengan 10 buah lagu bertajuk Aseer Ahsan.
Mengambil kesempatan apabila namanya berada di puncak, dia berhasrat untuk menghasilkan lagu ciptaan sendiri dalam bahasa Inggeris sebelum diterjemahkan dalam bahasa Melayu buat album keduanya.
Mula dilancarkan di Malaysia sejak dua minggu lalu, pihak pengurusan Interm Records diberi kepercayaan selaku pengedar album sulung penyanyi kelahiran Asia Barat itu untuk pasaran tempatan.
Sementara itu, melihat kepada pakej lengkap yang dimiliki, Humood mampu menjadi pelaris sekiranya terlibat dalam dunia perfileman mahupun pengacaraan.
Biarpun sering menerima pujian kerana wajahnya yang tampan, Humood tidak mengambil kesempatan yang ada untuk menambah portfolionya dengan bergelar pelakon mahupun pengacara.
Dia juga mengakui perkara itu tidak termasuk dalam perancangan kerjaya seninya dalam tempoh waktu terdekat tetapi sukar menolak jika ia berlaku pada masa akan datang.
"Pada masa sekarang saya tidak terfikir untuk menjadi pelakon ataupun mendambakan karakter yang ingin dibawa kelak. Barangkali hal itu akan berlaku suatu masa nanti.
"Sementelah, cita-cita saya bukanlah menjadi seorang pelakon mahupun pengacara. Sejak kecil saya sememangnya menanam impian hanya untuk bergelar penyanyi," jelasnya.
Cinta jarak jauh
Beralih kepada soal peribadi, Humood yang memegang status suami orang mengakui terpaksa hidup berjauhan dengan isteri tercinta atas dasar tuntutan kerja.
Humood begitu sibuk di Kuwait, sementara isterinya kini menetap di Amerika Syarikat.
Mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu, Humood bersyukur dipertemukan dengan seorang isteri yang memahami. Dia hanya memperkenalkan wanita bertuah itu sebagai Marfazz.
"Pasti sebagai wanita normal dia ada menyimpan perasaan cemburu namun Alhamdulillah dia seorang isteri yang baik, positif dan menyokong kerjaya serta minat saya sebagai penyanyi.
"Sebelum berkahwin, saya terlebih dahulu bergelar penyanyi di Kuwait. Jadi pada saya isu cemburu itu tidak perlu timbul kerana dia sendiri sudah biasa menangani perkara tersebut," jelas Humood sambil melemparkan senyuman.
Mengulas lanjut, Humood mengakui terpaksa mengorbankan masa dan hidup berjauhan dengan isteri yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Boston, AS.
Marfazz kata Humood sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Penulisan Kreatif sejak dua tahun lalu. Demi cinta, dia akan berulang-alik dari Kuwait ke AS semata-mata untuk melepaskan rindu bertemu isterinya.
"Saya mengakui kami kini berada dalam fasa hubungan jarak jauh. Dia memilih untuk menyambung pelajaran manakala saya pula sibuk menguruskan kerjaya.
"Selain itu, jika ada masa terluang, saya akan terbang ke Boston untuk melihat bagaimana keadaannya di sana. Namun yang pasti bohong jika saya katakan tidak merindui dia di sana.
"Bagaimanapun saya berasa amat bertuah kerana dipertemukan dengan insan istimewa sepertinya serta berterima kasih kerana mempercayai dan menerima saya seadanya," jelas Humood mengenai isterinya.
Image result for Humood AlKhudher  Image result for Humood AlKhudher
Konsert amal
Dalam perkembangan lain, Humood bakal kembali ke Malaysia untuk menjayakan sebuah konsert amal anjuran Islamic Relief sekitar Oktober hadapan.
Perkara itu bagaimanapun masih berada dalam peringkat perbincangan, namun yang pasti pengisian konsert tersebut lebih fokus kepada memberi inspirasi dan semangat motivasi kepada penonton.
 Tidak hanya mahu menyanyi dalam bahasa Arab, Humood memasang impian menghasilkan sebuah lagu berbahasa Inggeris.
"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada selebriti yang membuat persembahan dalam majlis itu nanti. Sebelum ini saya sendiri pernah terlibat dengan persembahan berskala besar namun jarang diberi peluang untuk melibatkan diri dengan aktiviti amal," katanya.
Selain itu, Humood turut menjawab saat disoal sekiranya diberi kesempatan untuk berkolaborasi dengan artis tempatan berdasarkan penerimaan positif daripada peminat.
"Saya ada mengenali beberapa artis Malaysia yang popular di luar negara namun pada masa ini tiada sebarang perancangan untuk menghasilkan lagu bersama.
"Sementelah, banyak perkara yang perlu diambil kira seperti cita rasa peminat dan konsep sebelum membuat sebarang keputusan," ulas Humood menutup bicara.



Boling terus ke puncak

 Shalin (kiri) menerima sorakan tahniah selepas berjaya melakukan strike bg membolehkan mereka meraih emas acara berpasukan wanita semalam.

SINGAPURA – Skuad boling wanita negara berjaya mempamerkan aksi memukau apabila turut menempa kejayaan meraih pingat emas seperti yang dilakukan oleh skuad boling lelaki dalam acara berpasukan yang berlangsung di Orchid Country Club semalam.
Skuad yang diketuai ratu boling negara, Shalin Zulkifli, Natasha Roslan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Esther Cheah dan Sin Li Jane berjaya merekodkan 6,067 jatuhan pin untuk dinobatkan sebagai pemenang acara tersebut.
Bagaimanapun, mereka diberi saingan sengit oleh pasukan Singapura yang menerima sokongan hampir 300 penyokong pada pusingan terakhir, namun perbezaan 55 pin meletakkan pasukan tuan rumah sekadar berpuas hati dengan pingat perak sementara gangsa dimenangi Filipina dengan 5,777 mata.
Dalam acara tersebut, Natasha menjadi pemain negara paling cemerlang apabila menjatuhkan 1,247 pin keseluruhan.
Shalin yang ditemui selepas acara tersebut memberitahu, mereka sepakat mensasarkan untuk meraih emas bagi acara tersebut untuk memastikan mereka layak disenaraikan dalam program Podium.
"Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada beritahu bahawa kami perlu menang pingat emas jika mahu menyertai program Podium dan kami mahu terus bersama ke program tersebut sebab itu kami beraksi sebaik mungkin untuk acara kali ini.
"Memang aksi hari ini (semalam) cukup getir kerana tuan rumah mendapat sokongan penonton sendiri tetapi kami berjaya menguatkan mental seterusnya menang acara ini," kata Shalin.
Kejayaan tersebut turut menyaksikan kesemua pemain di dalam pasukan tersebut kecuali Natasha layak beraksi dalam acara Masters yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. 

Terbaik di Asia Tenggara [kosmo]


Skuad hoki wanita menepati ramalan apabila mudah meraih pingat emas pada sukan sea 2015 selepas menewaskan Thailand 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Sengkang semalam.

SINGAPURA – Tiada pasukan yang mampu menandingi kehebatan skuad hoki wanita negara di rantau Asia Tenggara.
Semalam, skuad yang diberi jolokan The Blue Tigress itu menepati ramalan apabila mudah membenam cabaran Thailand 3-1 pada aksi final di Stadium Hoki Sengkang, Singapura.
Malah, ia juga merupakan kejayaan hatrik buat skuad bimbingan Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim itu selepas menjuarainya pada dua edisi terdahulu, 2007 di Korat, Thailand dan 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar.
Begitupun, ia tidak hadir dengan mudah apabila Nasihin sendiri mengakui dia terpaksa mengubah strategi gara-gara pengadilan yang didakwa berat sebelah dan permainan psikologi pengendali pasukan lawan.
"Kami datang ke sini untuk membawa pulang pingat emas namun kami tetap bersabar dengan gaya pengadilan yang agak berat sebelah.
"Situasi ini sebenarnya menjejaskan rentak kami. Selain itu, faktor jurulatih Thailand yang menjerit-jerit dari tepi padang menjadikan ia lebih susah, namun para pemain saya kekal tenang dan tidak mempedulikan semua itu.
"Bagi saya, kejayaan ini paling bermakna berbanding dua edisi terdahulu kerana saingan kali ini sengit. Para pemain negara membuktikan bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri di rantau Asia Tenggara," kata Nasihin.
Tiga gol skuad hoki wanita semalam dijaringkan oleh Hanis Nadiah Onn pada minit ke-37, Siti Shahida Saad (45) dan Nurul Nabiha Mansur (49) yang mana kesemuanya menerusi jaringan padang.
Gol sagu hati Thailand dihasilkan oleh Wongkeaw Sirikwan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-51.
Dalam perkembangan lain, skuad hoki lelaki negara dijangka tidak berdepan masalah untuk mengikut jejak skuad wanita apabila turun membuat perhitungan dengan Singapura hari ini.

Tuesday, 2 June 2015

Singgah rumah the Hobbit

Putrajaya: Ibarat menjejakkan kaki ke dunia fantasi tatkala menikmati keunikan reka bentuk landskap Taman Bucolic yang diinspirasikan dari filem fantasi barat The Lord of The Rings dan The Hobbits.
Rekaan milik Famcon Strength Sdn Bhd dan RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd itu antara taman yang dipamerkan pada Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 (Floria Diraja) berlangsung bermula kelmarin hingga 7 Jun ini.

Pada taman itu, terdapat model rumah kayu mirip kediaman manusia kerdil Hobbit iaitu satu daripada watak penting yang ditampilkan dalam kedua-dua filem berkenaan.

Malah, berkunjung ke taman itu seolah-olah berada di lokasi penggambaran filem The Lord of The Rings di New Zealand yang kini menjadi destinasi wajib ketika melawat negara itu.
Disebabkan keunikan landskapnya, taman itu tidak ‘putus-putus’ menerima kehadiran orang ramai yang mahu bergambar sebagai kenangan.

Arkitek Landskap RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd Roziyanti Abu Darim berkata, pihaknya cuba menampilkan kelainan pada Floria Diraja kali ini dengan menghasilkan landskap berdasarkan pemandangan sebenar dalam filem berkenaan.

Mangsa culik leka main Ps2


Kuala Lumpur: Kehilangan seorang kanak-kakak lelaki yang didakwa menjadi mangsa culik terjawab apabila ‘mangsa’ sebaliknya ditemui bermain set permainan video PlayStation 2 (PS2) di rumah rakannya.

Kanak-kanak itu, Muhammad Md Shaari, 10, sebelum ini dikesan hilang jam 9.30 pagi kelmarin selepas gagal pulang ke rumahnya di Taman Selayang Baru, Gombak.

Kehilangan pelajar tahun empat itu mencetuskan panik orang ramai apabila gambar mangsa tersebar meluas di laman sosial WhatsApp dalam usaha menjejaki kanak-kanak itu.

Bapa kanak-kanak itu, Md Shaari Ibrahim, 51, berkata, kebimbangan susulan kehilangan anaknya hampir 24 jam itu berakhir apabila Muhammad ditemui berada di rumah rakannya di Selayang.

“Anaknya ditemui dalam keadaan baik dan memberi alasan bermain PS2, selain berjoging bersama rakannya.