Tuesday, 2 June 2015

Singgah rumah the Hobbit

Putrajaya: Ibarat menjejakkan kaki ke dunia fantasi tatkala menikmati keunikan reka bentuk landskap Taman Bucolic yang diinspirasikan dari filem fantasi barat The Lord of The Rings dan The Hobbits.
Rekaan milik Famcon Strength Sdn Bhd dan RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd itu antara taman yang dipamerkan pada Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 (Floria Diraja) berlangsung bermula kelmarin hingga 7 Jun ini.

Pada taman itu, terdapat model rumah kayu mirip kediaman manusia kerdil Hobbit iaitu satu daripada watak penting yang ditampilkan dalam kedua-dua filem berkenaan.

Malah, berkunjung ke taman itu seolah-olah berada di lokasi penggambaran filem The Lord of The Rings di New Zealand yang kini menjadi destinasi wajib ketika melawat negara itu.
Disebabkan keunikan landskapnya, taman itu tidak ‘putus-putus’ menerima kehadiran orang ramai yang mahu bergambar sebagai kenangan.

Arkitek Landskap RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd Roziyanti Abu Darim berkata, pihaknya cuba menampilkan kelainan pada Floria Diraja kali ini dengan menghasilkan landskap berdasarkan pemandangan sebenar dalam filem berkenaan.

No comments:

Post a Comment