JITRA – Ketika ramai peniaga makanan di negara ini mengeluh dan terpaksa menaikkan harga, seorang usahawan di Jalan Industri Darul Aman 1 di sini masih mampu menawarkan pelbagai hidangan pada harga serendah RM1 sahaja.
Dikenali dengan nama Warung Menu Sejahtera, pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menikmati semangkuk laksa, mi dan bihun sup, air batu campur, laici kang dan cendol.
Bagi penggemar nasi ayam, ia dijual pada harga RM2 sepinggan manakala minuman pula dijual antara 80 sen hingga RM1.50.
Pemiliknya, Mohd. Nazeri Hashim, 45, berkata, sejak beroperasi lima bulan lalu, warungnya sering menjadi tumpuan orang ramai terutama para pelajar di institut pengajian tinggi tempatan yang terletak berhampiran.
No comments:
Post a Comment