Shabir dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Lelaki warga India yang menampar Imam II Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat di masjid tersebut bulan lalu dijatuhi hukuman denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhi hukuman tersebut ke atas tertuduh, Shabir Ahmad Khan, 31, selepas dia mengaku bersalah setelah ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Lelaki yang berasal dari Kashmir, India itu berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, mengganggu perjalanan solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas lawatan sosial.
Mengikut pertuduhan, Shabir didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Mohd. Zuhairee, 39, di Masjid Negara, Jalan Perdana, Dang Wangi di sini pada pukul 1.30 petang 18 September lalu.
No comments:
Post a Comment