KUALA LUMPUR 31 Jan. – Harga baharu minyak bermula 12 tengah malam ini menyaksikan penurunan 10 sen seliter bagi petrol RON95 menjadi RM1.75 seliter.
Harga runcit RON97 pula turun sebanyak 20 sen kepada RM2.05 seliter manakala diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter.
Pada 1 Januari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.60 seliter).
Penurunan harga itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Khairul Annuar Abdul Aziz.
“Kami tak sangka penurunan harga minyak menjadi begitu mendadak, sejak Disember 2014 sehingga Februari 2016 kenaikan minyak hanya berlaku sebanyak empat kali.
“Jika trend sebegini berterusan, dibimbangi banyak pengusaha stesen minyak khususnya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan gulung tikar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment