Sunday, 21 February 2016

KWSP umum dividen 6.4 peratus


Tan Sri Samsudin Osman
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6.4 % bagi tahun 2015 dengan pembayaran keseluruhan kepada kira-kira 14 juta pencarum berjumlah RM38.24 bilion.
Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion pada 2014, katanya dalam satu kenyataan.
Peningkatan itu seiring dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015 manakala pendapatan kasar tumbuh 13.18 peratus kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas aset di beberapa negara dan pasaran

No comments:

Post a Comment