KUALA LUMPUR – Banjir kilat yang melanda sekitar Universiti Malaya (UM) di sini kelmarin menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tempat kenderaan di pusat pengajian tinggi itu hampir hanyut masuk ke dalam longkang.
Seorang pengusaha kantin di Fakulti Undang-Undang UM, Mohd. Kamal Abdullah, 43, berkata, van miliknya hampir masuk longkang namun disebabkan longkang itu ada penghadang besi, van miliknya tersekat di situ.
“Jika tidak kerana besi penghadang, van saya dan beberapa kenderaan lain sudah tentu terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras,” kata Mohd. kamal ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Menurut peniaga itu lagi, hujan lebat kelmarin menyebabkan, kawasan letak kenderaan berdekatan pos pengawal UM dinaiki air sehingga ke paras pinggang.
“Ini merupakan kejadian banjir kilat terburuk dalam tempoh 11 tahun saya bekerja sebagai pengusaha kantin di UM,” kata beliau ketika ditemui di UM di sini semalam.
No comments:
Post a Comment