JOHOR BAHRU – Suasana tenang solat Jumaat di Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana di sini bertukar kecoh apabila berlaku satu pergaduhan melibatkan pengguna jalan raya dan jemaah surau berkenaan semalam.
Insiden pergaduhan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika jemaah surau selesai menunaikan solat Jumaat.
Kejadian itu turut tular di media sosial.
Dalam dua klip video berdurasi 40 saat dan 70 saat yang ditonton lebih 900,000 pengguna laman sosial itu, sebuah kereta Toyota Camry dilihat dikejar orang ramai sebelum beberapa kali cuba mengundur dengan laju sehingga nyaris melanggar orang ramai serta kenderaan lain.
Rakaman klip video itu turut menunjukkan orang ramai dilihat memukul pemandu dan kereta terbabit dengan menggunakan kon jalan raya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - -- - - - - - - - - -
Johor Bahru: Ahli Jawatankuasa Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana, mencapai kata sepakat dengan ketua masyarakat Tiong Hwa Mukim Tebrau bagi menyelesaikan masalah kes pergaduhan seorang lelaki dan beberapa jemaah ketika solat Jumaat di surau berkenaan, Jumaat lalu.
Jurucakap surau yang enggan dikenali berkata, pertemuan dan makan malam diadakan bersama ketua masyarakat Tiong Hwa itu disaksikan anggota dan pegawai Balai Polis Setia Indah selain pegawai Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Katanya, menerusi perbincangan itu mereka mencapai kata sepakat bahawa kes itu diselesaikan dengan baik dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
"Pemandu yang terbabit dalam kejadian itu tiada di lokasi kerana pengurusan surau sudah menyelesaikan perkara berkenaan ketika pertemuan diadakan di balai polis berkenaan pada petang hari kejadian.
"Kebetulan ketika itu kedua-dua pihak membuat laporan di balai polis sama dan hasil perbincangan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes ini.
"Pada masa sama, kami menyerahkan segala siasatan kepada polis dan sanggup memberikan kerjasama kepada semua pihak," katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap orang ramai terutama netizen tidak akan menularkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi hingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.
Tajuk2 berita lain : Kurang sensitif, toleransi jadi punca
Kosmo : Solat Jumaat bertukar kecoh
No comments:
Post a Comment