Tuesday, 2 July 2013

Opick tarikan festival Ramadan(MeTRo)

Putrajaya: Kemunculan artis popular yang dibawa khas dari Indonesia, Habib Sheikh AsSegaf (Ya Hanana) dan Opick menjadi tarikan utama pada Festival Ramadan Putrajaya 2013 yang akan berlangsung selama sebulan bermula 10 Julai hingga 7 Ogos.
Kedua-dua artis ini akan membuat kemunculan istimewa pada kemuncak festival iaitu dari 26 hingga 28 Julai sempena sambutan Nuzul al-Quran di tapak festival, di Presint 3, di sini.


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat berkata, penganjuran festival yang julung kali diadakan itu menggabungkan aktiviti keagamaan, perniagaan serta pameran dan hiburan bercirikan Islam.
Katanya, ia bertujuan menyediakan lokasi alternatif kepada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa dan persiapan menyambut Aidilfitri di samping mengelakkan kesesakan di Kuala Lumpur terutamanya di kawasan Masjid India.
“Kita akan menyediakan bazar Ramadan mini yang mempunyai 20 gerai jualan di perkarangan Kompleks PPj bagi membolehkan orang ramai membeli juadah berbuka puasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment