Sunday, 22 June 2014

Floria 2014 terima anugerah Book of Records {Sinar Harian}

Floria 2014 terima anugerah Book of Records
PUTRAJAYA - Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (Floria Diraja Putrajaya 2014) mencatat sejarah apabila menerima anugerah Malaysia Book of Records bagi penyertaan antarabangsa terbanyak di dalam festival bunga.
    
Sejumlah 43 pereka taman dan penggubah bunga mewakili 24 negara mengambil bahagian dalam festival bunga itu, yang merupakan penganjuran kali ketujuh Floria Putrajaya sejak 2007.
    
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, penganjuran festival itu bukan sahaja mempamer bunga hidup malah mewujudkan peluang ekonomi dan merangsang pertumbuhan industri bunga-bungaan, landskap taman serta pelancongan.  
    
"Floria 2014 juga merupakan penjenamaan terbaik bagi mengangkat nama Putrajaya ke pentas antarabangsa, dan diharap akan terus maju menjadi lokasi terbaik penganjuran festival bunga serta taman di dunia," katanya ketika berucap pada majlis penutup festival itu hari ini.
    
Kira-Kira 200 pengusaha industri lansdkap serta bunga-bungaan tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam pameran, demonstrasi, jualan tanaman serta hiasan hasil seni dan kraf pada festival kali ini.
    
Sehingga semalam, Floria Diraja Putrajaya 2014 memcatat jumlah jualan kasar terkumpul melebihi RM1.2 juta bagi bunga-bungaan, produk kraf tangan, makanan dan minuman. - Bernama

No comments:

Post a Comment