KUALA LUMPUR: Daripada lapan pencalonan yang diterima Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21, penyanyi yang sudah bertahan hampir dua dekad itu berjaya menang tiga kategori.
Kategori yang dimenangi Siti, malam ini ialah Album Terbaik (Fragmen), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita dan Rakaman Album Terbaik (Konsert Lentera Timur)
Antara penyampai anugerah yang diberi mandat pada malam itu nanti ialah Adibah Noor, Aisyah Aziz, Alif Satar, Amyra Rosli, Amar Baharin, Mizz Nina dan Noh Hujan.
Antara senarai artis yang membuat persembahan pula seperti Akim & The Majistret, Sleeq, Dayang Nurfaizah, Hazama dan Joe Flizzow termasuk kumpulan dari seberang, Nidji.
Hos Hlive, Dahlia Shazwan dan penyampai radio ERA FM, Haniff juga dipilih sebagai hos red karpet.
Di bawah adalah disenaraikan kategori lain diumumkan pada acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra dan dikendalikan Zizan Razak serta Faizal Ismail sebagai hos.
1) Lagu Pop Etnik Terbaik: Akar Kita Zapin (Ihab Ismail)
2) Lagu Nasyid Terbaik: Rindu Allah Sayang Allah (Iwan Syahman dan Iwan Junior)
3) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: No More (SonaOne)
4) Lagu Hip Hop Terbaik: Apa Khabar (Joe Flizzow menampilkan SonaOne)
5) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan): Hujung Waktu (Azhael)
6) Persembahan vokal duo/kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Selamanya Bahagia (Nora menampilkan Musyi, Putri dan Aliff)
7) Artis Baru terbaik: Poova
8) Video Muzik Terbaik: Falling (Yuna)
9) Lagu Pop Terbaik: Sesal separuh nyawa (Alyah)
@alyah81 bersama trofi kemenangannya di #AIM21
10) Lagu Rock Terbaik: Rentak Laguku (Bunkface menampilkan Amy Search)
11) Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara:Salahkah (Hafiz Suip dan Datuk Rossa)
12) Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Mahligai kayangan, Salamiah Hassan).
13) Kulit Album Terbaik (#1, stacy)
14) Anugerah Sri Wirama (Datuk Ramli Sarip)
15) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki: Akim (Mewangi)
16) Lagu Terbaik: No More (SonaOne)
No comments:
Post a Comment