IPOH – Lebih 50 buah rumah di Kampung Tengku Hussein dan Kampung Sungai Tapah di Manjoi di sini rosak teruk selepas dilanda ribut dan angin kencang semalam. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada pukul 2.45 petang yang melibatkan lebih 40 buah rumah di Kampung Tengku Hussien dan 10 buah kediaman di Kampung Sungai Tapah.
Salah seorang mangsa, Mohd. Khalid Mohd. Tahir, 60, dari Kampung Tengku Hussien berkata, kejadian ribut itu merupakan kali ketiga berlaku sepanjang 35 tahun dia menetap di kampung tersebut.
Bagaimanapun kata pesara tentera itu, kejadian pada petang berkenaan disifatkan yang terburuk pernah berlaku apabila memusnahkan hampir 70 peratus kediamannya.
SEORANG petugas Majlis Bandaraya Ipoh menyaksikan keadaan bumbung rumah yang diterbangkan angin kencang di Kampung Tengku Hussein di Manjoi, Ipoh semalam.
“Ketika kejadian, saya sedang bersiap-siap mahu membakar sate manakala 12 lagi anggota keluarga yang lain termasuk cucu yang baru berusia 1 bulan berada dalam rumah.
“Tiba-tiba, angin kuat yang datangnya dari arah rumah jiran melanda rumah saya menyebabkan bumbung mula berterbangan disusuli bunyi-bunyi pecah. Pada masa itu, kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat,’’ katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment