KUALA LUMPUR – Seramai 20 orang pelajar dijangka bakal memulakan pengajian di bangunan asal pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang baru siap dinaik taraf pada awal November ini.
Bangunan tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru dalam kebakaran menyayat hati Khamis lalu.
Bangunan yang terbakar itu merupakan penempatan sementara untuk menempatkan pelajar pusat tahfiz bagi membolehkan bangunan asal dinaik taraf.
Menurut Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd. Zahid Mahmood (gambar bawah), pusat tahfiz berkenaan bakal menerima 20 pelajar iaitu 14 mangsa yang terselamat dan enam pelajar yang tidak terlibat dalam insiden itu kerana tidak tidur di asrama pada hari kejadian.
“Sepatutnya pusat tahfiz berkenaan akan memulakan operasi pada awal September ini, tetapi disebabkan insiden yang tidak diingini itu maka kita terpaksa melanjutkan operasinya pada November ini.
Zahid menunjukkan bangunan asal Darul Quran Ittifaqiyah yang baru siap dinaik taraf dan dijangka bakal memulakan operasinya awal November depan
No comments:
Post a Comment