Menerusi laman rasmi Facebooknya, mereka memohon maaf diatas masalah yang disebabkan kumpulan tersebut dan akan lebih berhati-hati dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama ketika interaksi antara peminat dan artis.
"Sebagai pengajur konsert berkenaan, pihak kami bertanggungjawab menjelaskan situasi yang berlaku.
"Ini bukanlah prosedur standard artis K-Pop untuk beramah mesra dengan peminat-peminat mereka,” katanya.
Bagaimanapun, memandangkan ini menjadi acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin hubungan baik antara artis dan peminat.
Peminat sudah diingatkan oleh pengacara untuk tidak menyentuh dan rapat dengan ahli kumpulan berkenaan dan ahli kumpulan itu juga turut memohon kebenaran sebelum melakukan aktiviti berkenaan namun peminat terbabit membenarkannya.
"Ini adalah bukan bidang kuasa kami untuk menghalang peminat menyertai aktiviti yang dianjurkan,” katanya.
Tambahnya lagi, sebagai sebuah syarikat yang diterajui oleh wanita, mereka tidak sama sekali menggalakkan pencabulan dan gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media.
Katanya, penggunaan perkataan tersebut adalah mengecewakan.
Video yang disebar di laman media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium artis Kpop berkenaan di atas pentas mencetuskan kemarahan ramai pihak.
- Spek Man · Top commenter · University of OxfordPengajur tak salah; yang salahnya adalah kegedikkan/nafsu terlampau minat budak2 Melayu terhadap artis Korea; hingga HILANG SIFAT MALU
Kalau artis Korea tsb ajak one-night-stand pun aku rasa ramai budak Melayu/Islam yg beratur nak rasa kehangatan kimchi....... - awang_tengah (signed in using yahoo)Bertudung hanya ikutan saja, hanya fesyen bukan tahu apa tujuan bertudung sebab itu ia jadi macam tu. jadi jangan salah kan penganjur. Kalau gadis yang tahu apa tujuan sebenar bertudung tak kan datang kemajlis macam tu.
- Ismail Mat Ali · Works at Malaysian Institute Of Marine Engineering Technology (UniKL Mimet)wanita bertudung pelok anjing,tahun lepas, minta maaf, tahun baru wanita bertudong pelok KPOP hampa minta maaf jugak, apa tujuan sebenar hampa ni.......buleh dengan mintak maaf saja ka niii..
No comments:
Post a Comment