Wednesday, 30 July 2014

Korban mercun bola di Aidilfitri (Harian Metro)

Oleh Adnan Ibrahim
Simpang Renggam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut terkena mercun bola yang dibaling sekumpulan kanak-kanak lain di Kampung Ithnin Maarof di sini, pada Hari Raya Pertama.
Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman, 2, maut dipercayai selepas mengalami kecederaan di dada, tangan kiri, muka dan bahagian dalaman.Mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa bersama bapanya, Abdul Rahman Endot, 43, menyertai kumpulan marhaban dengan penduduk kampung.

Sebaik berhenti motosikal di hadapan sebuah rumah yang menantikan kunjungan kumpulan marhaban berkenaan, sebiji mercun bola jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang dan meletup di hadapan dua beranak itu.

Letupan itu menyebabkan mangsa cedera dan terkulai sebelum bapanya bergegas mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam dan kemudiannya dirujuk ke hospital.


  • Oyo Otong Onong Uzir Mercun boleh meragut nyawa...kepada yg berkenaan kawal anak anda,diulangi,.. kawal anak anda....sakit hati sy tengok budak budak main mercun...ibu bapa diam membisu....sial
    Like · Reply · 37 · 16 hrs
    • Hamidah Ab Rahman memang sakit hati sesangat bila mak bapak biarkan ajer anak2 baling mercun.. bila dah ada yg mati.. tak guna menyesal lagi.. dan pihak berkuasa pula acuh tak acuh ambil tindakan..
      Like · 7 · 12 hrs
  • Tengku Nizam Harap mana pegawai penguatkuasa yang mentekedarah rasuah sehingga mercun melepasi sempadan turut terasa bersalah...
    Like · Reply · 20 · 16 hrs
  • Nur Farra Harraz Budak2 skrg ni kalo main mercun suka baling kat depan rumah org. Dah anak aku pun berlari2 nangis takut. Kang kalo cakap mak bapaknya buat muka. Hurmmm
    Like · Reply · 18 · 14 hrs
  • Eriene Chubyz Mmg sedih sbb apa yg berlaku tu terkena dekat ank saudara erin kt simpang renggam..hr raya pertama..arwah ank bongsu dr tiga beradik
    Like · Reply · 8 · 15 hrs
  • Lempeng Kelapa Hangus Ibu bapa yang biarkan anak mereka main mercun itu. Orang yang menjual mercun. Yang menerima rasuah untuk melepaskan mercun itu diseludup. Pihak berkaitan yang buat tak nampak bila nampak mercun itu dijual. Semua ada "share" atau peranan dalam kes kematian kanak-kanak ini. 

    Kita hidup bermasyarakat, setiap perbuatan kita ada kesannya walaupun tak nampak.

No comments:

Post a Comment