Australia: Sepasang suami isteri ditimpa kesedihan berganda, namun bagi George dan Irene Burrows, 50-an, mereka lega kerana mengetahui nasib cucu tiri yang menaiki pesawat MH17 berbanding anak dan menantunya yang hilang bersama MH370, Mac lalu.
Menurut pasangan itu, cucu tiri mereka, Maree Rizk dilaporkan menaiki pesawat MH17 bersama suaminya, Albert tinggal di Sunbury iaitu 40 kilometer dari Melbourne.
Ketika dihubungi Brisbane Times, pasangan yang tinggal di Queensland itu berkata, keluarga mereka masih terkejut dengan tragedi itu.
Pic gugel dari Malaysia Chronicle
“Sukar mempercayai apa yang berlaku. Pastinya ia bukan khabar gembira buat kami semua.
“Kami perlu mengambil sedikit masa untuk bertenang sebelum menerima semua ini dengan reda, sama seperti kami menerima berita yang menimpa anak dan menantu yang berada dalam pesawat MH370,” kata George.
George berkata, meskipun ia menyedihkan, mereka lega kerana sedia maklum pesawat dinaiki cucu tirinya terhempas selepas ditembak.
“Melihat keadaan pesawat dan gambar dalam laporan akhbar, pasti sukar menemui jasad penumpang yang mungkin tidak sempurna.
“Bagaimanapun, kami masih mampu menerima semua ini dan ia bukan berita teruk berbanding MH370 yang tidak diketahui nasib mereka hingga kini,” katanya.
No comments:
Post a Comment