GAMBAR rajah Flightradar24 menunjukkan kekerapan penerbangan awam di ruang udara Ukraine seminggu sebelum MH17 ditembak jatuh
KUALA LUMPUR – Pakar-pakar penerbangan menyelar status Facebook syarikat Singapore Airlines (SIA) yang seolah-olah mempersoalkan laluan udara yang digunakan Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine akibat ditembak peluru berpandu pada Khamis lalu.
Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Leftenan Kolonel Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, isu mengenai laluan udara mana yang perlu dipilih pesawat MAS tidak boleh dikritik oleh syarikat-syarikat penerbangan negara lain.
“Setiap syarikat penerbangan mana-mana negara mempunyai Sistem Pengurusan Keselamatan (AVSEC) masing-masing yang ditugaskan mengenal pasti laluan udara yang boleh dilalui dan tidak boleh dilalui.
“Jika AVSEC negara tersebut berasa laluan itu selamat, terpulang kepada negara terbabit membuat keputusan sama ada ingin meneruskan perjalanan melalui ruang udara tersebut atau menukar kepada laluan lain,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment