DUNGUN - Kemeriahan sanak saudara untuk berkunjung dan menziarahi bapa saudara pada 1 Syawal bertukar duka apabila menemui warga emas itu sudah tidak bernyawa di dalam biliknya di Jalan Teluk Lipat, di sini, semalam.
Mangsa Ambak Mohamad, 82, seorang pesara Majlis Perbandaran Dungun ditemui mati di dalam biliknya oleh anak saudaranya yang datang untuk melawatnya sempena hari lebaran pada pukul 5 petang.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sujud di atas tikar sembahyang di dalam biliknya dan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia empat hari lepas berdasarkan mayat yang sudah berbau dan hampir reput.
Anak saudara mangsa Zulkifli Harun, 58, berkata sebaik menerima panggilan daripada kakaknya, beliau terus bergegas ke rumah mangsa dan sebaik membuka pintu bilik itu beliau terkejut mendapati keadaan mangsa yang hampir reput dan berbau busuk.
"Saya sangat terkejut dan sayu hati saya bila tengok keadaan mayat bapa saudara saya dalam keadaan begitu.
Saya bertanyakan kepada isterinya kenapa tak sedar yang suaminya dah meninggal lama. Isteri dia cakap yang ingatkan mangsa tidur dalam bilik," katanya ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital Dungun di sini awal pagi tadi.
Mangsa dipercayai diserang sakit jantung di mana beliau tinggal bersama isteri yang dikenali sebagai Che Ngah yang menghadapi masalah mental dan anak ngkatnya juga mempunyai masalah yang sama.
Mangsa dipercayai diserang sakit jantung di mana beliau tinggal bersama isteri yang dikenali sebagai Che Ngah yang menghadapi masalah mental dan anak ngkatnya juga mempunyai masalah yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama
No comments:
Post a Comment