SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.
Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.
“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.
“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.
“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.
"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.
Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.
“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.
“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.
"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.
- Zue Rahman · Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)ayah saya sakit kencing manis..da kena potong kelima-lima jari kaki sebelah kiri...ada jugak mohon utk pencen ilat...tp nk dpt bkn main payah..katanya syarat nk dpt pencen ilat tu kena 65% xblh bergerak...ayah sy mmg xblh bergerak lpas kena potong tu..tp sgt mendukacitakan pada hari yg sama pegi hsnz utk mesyuarat jemaah doktor, dr. pakar tu ckp ayah sy masih xckup ilat sdangkn ayah sy mmg xblh berjalan dan masih perlukan rawatan..lebih mendukacitakan lepas pegi mesyuarat jemaah doktor tu, balik dengan hati yg kecewa, ayah sy telah meninggal dunia pada hari yg sama... sgt kecewa dgn pengurusan org2 yg berkenaan... sedangkan duit caruman tu adlh duit pencarum...knpa susah sgt nk dpt...
- Azmee Jr Aj · Top commenter · Sek Men Tasek Utara, Johor BahruSepatutnya tanggungjawap PERKESO menhantar surat pemberitahuan tentang hak2 serta manfaat2 yng di perolehi kepada Pencarum sekiranya Pencarum sudah tidak berkerja tidak kiralah berhenti kerana pencen atau sebagainya...Mohd Yusri Bin Hamid · Sek,menengah,syed abu bakar,balingkalau x bagi tau ..macam mana pencarum boleh tau..ini salah siapa?Sepatutnya pihak PERKESO warwarkan kepada setiap rakyat Malaysia secara rasmi..Jangan ada lagi selindung dan karenah birokrasi..
No comments:
Post a Comment