SUNGAI SIPUT - Demi sayangkan abang, adik sanggup berkorban.
Begitulah gambaran kasih sayang Meor Mohammad Fahmi Meor Mazinun Mun, 11, apabila sanggup terjun ke Sungai Perak berhampiran Kampung Bekut di sini untuk menyelamatkan abangnya, Meor Mohamad Izzat, 14, sebelum kedua-duanya hilang dikhuatiri lemas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin, dua beradik masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seroli dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdul Aziz di sini difahamkan memancing ikan bersama dua orang rakan mereka.
Menurut ibu mangsa, Rossilawati Mohd. Nordin, 37, dia mengetahui kes itu selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan kedua-dua anaknya.
"Saya diberitahu, Meor Mohamad Izzat dilihat terkapai-kapai dipercayai tergelincir sebelum jatuh ke sungai.
No comments:
Post a Comment