(Diterbitkan pada: Ogos 09, 2014 07:36 MYT)
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.
Turut hadir Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Hajah Zurainah Musa.
Namun, Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.
"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik", katanya.
Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.

No comments:
Post a Comment