WASHINGTON - Kongres Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyegerakan bantuan berjumlah AS$225 juta (RM722.7 juta) bagi menyokong sistem pertahanan peluru berpandu Israel yang dikenali sebagai Iron Dome.
Kelulusan Dewan Perwakilan tersebut dibuat sebelum persidangan dewan ditangguhkan sempena cuti musim panas selama lima minggu.
Bantuan berkenaan akan digunakan untuk menambah bekalan peluru sistem pertahanan yang dikenali sebagai Iron Dome yang berjaya menembak jatuh berpuluh-puluh roket yang dilancarkan para pejuang Hamas sejak pertempuran tercetus lebih tiga minggu lalu.
Kongres meluluskan bantuan tersebut, dua hari selepas Pentagon mengumumkan penghantaran bekalan peluru kepada Israel.
Bantuan tersebut kini perlu ditandatangani oleh Presiden AS, Barack Obama untuk disahkan. - AP
No comments:
Post a Comment