Tuesday, 11 July 2017

Anak tertembak gagak putih

Mohd Hisham (kiri) bersama bapa & anak serta rakan anaknya menunjukkan burung gagak putih yang ditembak anaknya

Sabak Bernam: “Ketika anak maklumkan dia menembak gagak putih, saya menyangka dia berbohong kerana gagak putih hanya kisah dongeng semata-mata,” kata Dr Mohd Hisham Surgi, 43.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Amirul Fahmi, 15, ketika berada dalam kereta selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
“Anak saya bersama rakannya menembak burung itu menggunakan pistol mainan peluru manik selepas pulang dari surau di Taman Air Manis, Khamis lalu.
“Pada mulanya, dia mengatakan mendapati ada objek bergerak di pokok mempelam dan menyangka ia burung nuri sebelum menembaknya sehingga jatuh,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Setia Jaya, Sungai Besar di sini, kelmarin.
Dr Mohd Hisham yang juga pengasas Kolej Pengajian Tinggi Islam Al Insaniah berkata, burung itu dibawa pulang dan diserahkan kepada bapanya, Mohd Surgi Ngarib, 74.
“Bapa saya menyimpan burung itu di dapur rumah. Saya terkejut mendapati ia benar-benar gagak putih,” katanya.
Menurutnya, sejak bapanya merawat dan memberi makan kepada gagak putih itu, beberapa kejadian pelik turut berlaku.
Ketika ini, gagak putih itu masih sakit dan tidak mampu terbang.
Sementara itu, Mohd Surgi berkata, dia bercadang untuk meletakkan burung itu dalam sangkar lebih besar atau di muzium mininya di Sungai Besar.

No comments:

Post a Comment