KUALA LUMPUR – Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman melawat vokalis kumpulan Iklim, Saleem yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini semalam.
Ahmad Razif yang tiba di hospital itu sekitar pukul 12.45 tengah hari meluangkan masa hampir dua jam bersama Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Majeed, 55.
Turut berada di sisi penyanyi Suci Dalam Debu itu ialah isterinya, Julia Bachok.
Ahmad Razif yang mengakui meminati lagu-lagu nyanyian Saleem berkata, kerajaan negeri akan melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan beban dihadapi penyanyi itu.
No comments:
Post a Comment