Monday, 20 July 2015

Kasih abang punca pergaduhan [kosmo]

Pengawai perubatan memberi rawatan awal kepada seorang mangsa yang cedera dalam pergaduhan di Wangsa Walk di Wangsa Maju malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kasih seorang abang yang bimbang dengan sikap adiknya keluar berdua-duaan dengan seorang lelaki yang tidak diketahui asal-usul mengundang pergaduhan antara dua puak di pusat beli-belah Wangsa Walk malam tadi.
Kesan pergaduhan membabitkan kira-kira 40 orang pemuda yang kesemuanya membabitkan lelaki Melayu menarik perhatian orang ramai sehingga ada dalam kalangan mereka memuat naik beberapa keping gambar pergaduhan itu ke laman sosial.
Penyebaran gambar-gambar tersebut mencetuskan viral dengan kebanyakan komen-komen mengenai pergaduhan itu didakwa membabitkan kumpulan lelaki Melayu dan lelaki Cina.
Dalam pergaduhan pada pukul 7 malam di aras bawah pusat beli-belah itu yang tidak sampai sepuluh minit lima remaja lelaki berusia 20-an cedera.
Pergaduhan dua puak itu membabitkan penggunaan kayu, besi dan topi keledar.
Difahamkan, seorang pemuda terus memarahi dan memanggil beberapa rakannya selepas terserempak dengan adik perempuannya berusia 14 tahun keluar bersama seorang lelaki tak dikenali.
Teman lelaki kepada gadis itu pula dikatakan mempunyai beberapa rakan yang kemudian pertengkaran mulut melarat kepada tindakan belasah antara dua kumpulan.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

No comments:

Post a Comment