Percutian sempena Aidilfitri di Hotel Hyatt Regency di Kuantan kelmarin berakhir dengan kematian Emirsufee Razeq.
KUANTAN – Percutian sebuah keluarga bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri bertukar menjadi kenangan pahit apabila anak mereka ditemui mati lemas di kolam renang Hotel Hyatt Regency di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, mangsa Emirsufee Razeq Md. Nasir, 6, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
Emirsufee Razeq berasal dari Taman Subang Baru di Shah Alam, Selangor ditemui terapung di kolam oleh sepupunya, Adam Haikal Azrul Haizad, 9.
Adam Haikal mencari mangsa di kolam selepas menyedari kanak-kanak itu tiada bersamaya ketika keluarga itu mandi-manda di pantai berdekatan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, Emirsufee Razeq dan keluarganya tiba di hotel itu pada pukul 5.30 petang pada hari sama bersama dua buah keluarga lagi.
Menurut beliau, selepas tiga buah keluarga itu selesai mendaftar masuk ke hotel, mangsa dan lapan ahli keluarga lain turun mandi di kolam renang hotel itu.
“Selepas sejam mandi di kolam itu, ahli keluarga berkenaan pergi ke pantai berdekatan sebelum Adam Haikal kemudian menyedari mangsa tidak bersama-sama mereka.
“Namun semasa Adam Haikal tiba di kolam, kanak-kanak itu terkejut melihat sepupunya Emirsufee Razeq terapung dalam kolam orang dewasa yang berkedalaman 1.3 meter,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Artikel Penuh: kena bli kosmo (huhu)
No comments:
Post a Comment