Kereta Perodua Kenari yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 403.9 Lebuh Raya Utara-Selatan dan mengorbankan dua beranak semalam.
HULU SELANGOR – Kemalangan jalan raya musim Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berterusan.
Semalam seorang wanita mati dalam keadaan ngeri apabila pahanya tertusuk besi penghadang jalan sehingga buah pinggangnya terburai dalam kemalangan di Kilometer 403.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim di sini semalam.
Lebih menyayat hati, anak mangsa yang berusia setahun mati dalam pangkuannya.
Dua mangsa yang maut itu ialah Mahfuzah Ishak, 28, dan anaknya, Muhammad Harraz Zafran Shahrul Raziman.
Bagaimanapun, suami Mahfuzah, Shahrul Raziman Osman, 33, dan anak sulungnya, Nur Adni Afeefa, 3, dan ibu Mahfuzah hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 5.51 pagi dan kereta Perodua Kenari itu dipandu Shahrul dalam perjalanan dari Pahang menghala ke Kedah untuk beraya.
Menurut beliau, setiba di lokasi, kereta dipandu Shahrul terbabas ke kiri lebuh raya lalu melanggar besi penghadang jalan.
“Mahfuzah yang memangku Muhammad Harraz yang duduk di tempat duduk penumpang depan mengalami kecederaan parah menyebabkan dua beranak itu meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
No comments:
Post a Comment